Kardashian Kecewa Dengan Revenge Porn Yang Dikongsikan Rob - Glam Malaysia

Kardashian Kecewa Dengan Revenge Porn Yang Dikongsikan Rob

The entire Kardashian clan is not happy dengan Rob Kardashian.

 

Khamis yang lalu (Rabu di sana) Rob Kardashian telah membawa ke Instagram peribadinya untuk berkongsikan beberapa foto dan juga video berunsur lucah bekas tunangnya, Blac Chyna, tanpa kebenaran untuk membalas dendam a.k.a revenge porn.

 

Chyna juga enggan mendiamkan diri lalu menuduh Rob atas tuduhan penderaan domestik sewaktu mereka masih bersama. Things are getting messy.

 

Ikutan foto dan video yang dikongsikan oleh Rob itu menyebabkan dia kini boleh didakwa kerana revenge porn adalah dilarang sama sekali di bawah California Penal Code 647(j)(4).

 

Tambahan pula ahli Kardashian yang lain juga tidak senang hati dengan tindakan Rob kerana mereka memikirkan perihal anaknya bersama Chyna, Dream. Mereka juga menentang pertelingkahan antara Rob dan Chyna dilakukan secara terbuka kerana ini beolh memebrikan kesan kepada Dream apabila dia besar kelak.

 

Mereka walaupun cuba untuk memberikan sokongan kepada Rob, keutamaan mereka adalah kepada Dream kerana mereka tidak mahu Dream membesar dalam rumah di mana kedua ibu-bapanya sentiasa bertikam lidah.

See also
Keharmonian Hitam dan Putih Chanel J12 Paradoxe