Jovian Mandagie X Lazada

Jovian Mandagie X Lazada

JMxLAZADA-82
 
Buat julung kalinya gedung atas talian Lazada bekerjasama dengan Jovian Mandagie menghasilkan koleksi ready-to-wear Spring/Summer 2016.
 
Mengambil inspirasi dari wanita moden berkerjaya, koleksi tersebut menyediakan 28 rekaan dengan suntikan rona terang serta pastel. Ulas Jovian Mandagie, Pengarah Kreatif Jovian Ready-to-Wear, “kolaborasi ini membuktikan bahawa gabungan antara dua jenama berbeza mampu mengisi jurang yang ada di pasaran. Saya mahu debut koleksi ini menjadi penanda aras baru bagi Jovian dan juga Lazada.”
 
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Lazada, Hans-Peter Ressel turut menyuarakan keterujaan mengenai kerjasama itu. Ianya merupakan inisiatif pertama Lazada dalam perancangan untuk mengembangkan lagi jenama itu.
 
Jovian Mandagie x Lazada kini boleh didapati secara eksklusif hanya di Lazada. Lihat koleksi tersebut menerusi galeri gambar di bawah.
 

[soliloquy id="42624"]