Jessica Alba telah menjadi household name selepas beliau membuktikan pada orang ramai akan kebolehannya serta bakat berlakon yang menjadi buah mulut pada awal abad ke-21. Fleksibeliti beliau memainkan watak-watak dalam apa jua genre sekali gus menambat hati peminat dan penggemar filem! Namun, dimana Jessica Alba sekarang?
Sejak kebelakangan ini, Jessica lenyap di radar Hollywood. Hal ini keran Jessica dikhabarkan lebih gemar meluangkan masanya bersama keluarga tercinta. Berita terkini? Jessica dan suaminya, Cash Warren bakal menimang cahaya mata ketiga bersama!
Jessica memuat naik foto keluarganya di akaun Instagramnya, dan beliau kelihatan sungguh gembira di samping anak-anaknya, Honor dan Haven. Jessica dilihat sedang memeluk perutnya yang sarat mengandung sambil memegang belon berbentuk nombor 3. What a way to spill the beans!
Jessica dan Cash bertemu pada 11 tahun lalu di penggambaran filem FantasticFour. Beliau kemudian ber-dating selama 3 tahun sebelum bernikah pada tahun 2008 di Beverly Hills.