Janet Jackson Berpisah Dengan Suami Billionaire Wissam Al Mana - Glam Malaysia

Janet Jackson Berpisah Dengan Suami Billionaire Wissam Al Mana

Foto: INFphoto.com

3 Januari yang lalu, penyanyi dan adik kepada raja pop Janet Jackson dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Eissa Al Mana, bersama suaminya Wissam Al Mana. Tiga bulan selepas itu rumahtangga Jackson dan Al Mana goyah dan dilaporkan telah berpisah dengan suaminya.

 

Terdapat beberapa sumber yang menyatakan bahawa perpisahan mereka berdua dilakukan secara baik dan mereka akan bersama membesarkan Eissa dan ada juga yang mengatakan yang wujudnya masalah antara mereka berdua untuk beberapa bulan ini.

 

“Dia [Janet] merasakan yang suaminya sudah menjadi terlalu mengawal sewaktu tempoh kandungannya dan dia sudah pun membenarkan suaminya mengawal cara dia berpakaian dan juga bagaimana dia membuat persembahan di konsert,” nyata satu sumber yang rapat dengan pasangan tersebut.

 

Foto: INFphoto.com

Antara syarat-syarat lain yang diikuti oleh Jackson adalah mengurangkan aksi untuk konsertnya pada tahun 2014 dengan memakai pakaian yang menutup tubuh badannya dan bukannya pakaian seksi yang disukai oleh peminatnya.

See also
Bella Hadid "Mengelak" Selena Gomez dan The Weeknd Sepanjang Malam di MET Gala?

 

Penyanyi “Rhythm Nation” itu juga turut tidak menyukai sifat suaminya yang tidak suka berjumpa dengan orang lain, malah dia juga jarang berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakan Jackson.

 

“Ini membuatkan dia [Janet] merasa gila dan dia merasakan yang dia sudah kehilangan peminat-peminatnya.”

 

Penyanyi berusia 50 tahun itu juga menurut permintaan suaminya untuk menetap di London and mengikut amalan hidup seorang Muslim yang tegas.

 

Perkara terakhir yang membuat penyanyi tersebut sentap adalah keengganan suaminya dalam menunjukkan kebimbangannya terhadap kes penderaan terhadap ibu Jackson, Katherine Jackson.