Berbulan pihak media cuba untuk mengupas kesahihan status hubungan Hailey Baldwin dan Justin Bieber baru kini segalanya nampak jelas. At least on Instagram.
Awal musim panas tahun ini gosip mula tersebar bahawa Bieber dan Baldwin, yang menjalinkan hubungan semula selepas berpisah pada tahun 2016, telah mendaftarkan perkahwinan mereka secara sulit. Namun tiada pengumuman mahupun pengesahan dibuat daripada kedua-dua belah pihak sehingga kini.
Selain pendaftaran perkahwinan, mereka juga dilihat telah membeli hartanah bersama dan mendapatkan tatu bersama namun menurutĀ People, Bieber berkeras mengatakan mereka belum benar-benar berkahwin sehingga mereka menjalankan majlis di gereja.
Selain itu, Bieber dan Baldwin secara tidak langsung telah mengesahkan khabar angin yang menjadi pertanyaan ramai ini pada akaun Instagram masing-masing.
Bieber menggunkana frasa “my wife” dalam kapsyen Instagramnya membuatkan orang ramai mula merasa teruja dengan hubungan pasangan ini.
Namun Baldwin pula mengumumkan hubungan mereka secara rasmi dengan menukar nama Instagramnya dari @haileybaldwin kepada @haileybieber dan menukar namanya juga kepada Hailey Rhode Bieber.