Miley Cyrus bersama ibu dan adiknya, Tish Cyrus dan Noah Cyrus. Foto: Art Garcia
Walaupun mendapat perhatian ramai untuk lagu Wrecking Ball, Miley Cyrus sebenarnya ingin menarik semula keputusan yang dibuatnya perihal muzik video lagu tersebut.
Cyrus memilih untuk ‘kill’ Wrecking Ball dalam satu permainan “Marry, Eff, Kill.”
“Saya memilih untuk marryThe Climb kerana mesej yang ada dalam lagu ini, eff7 Things dan killWrecking Ball,” akui Cyrus.
“Itu sesuatu yang anda tidak boleh hilangkan… berayun sambil berbogel di atas wrecking ball adalah selamanya. Sekali anda lakukan perkara seperti itu dengan cara yang saya buat, ia adalah selamanya.”
“Saya pasti tidak akan melupakan perkara ini. Saya akan sentiasa dikenali sebagai gadis bogel di atas sebuah wrecking ball. Saya patut berfikir panjang sebelum berbuat demikian,” terang Cyrus lagi.
Ini merupakan mimpi ngeri buat Cyrus dan dia juga takut jika video ini dimainkan sewaktu majlis pengkembumiannya kelak.