Gaya Dekorasi & Perabot Popular 2016 - Glam Malaysia

Gaya Dekorasi & Perabot Popular 2016

GOLDENAGEJEWEL_1

Missoni Home

1. Dramatik Moden

 

Mainan warna menjadi elemen utama yang membentuk gaya hiasan dalaman sebegini. Berlatar rona asas putih atau beige diikuti rona gelap seperti hitam, kelabu dan biru gelap; suai padan didominasi ton batu permata – hijau zamrud, merah delima dan biru nilam. Suntikan mewah diberikan menerusi kemasan berasaskan keluli bersadur kemilau emas, perak dan tembaga.

 

hmhome1

H&M Home di Avenue K.

2. Organik Mewah

 

Ruang bertemakan monokromatik, disulami pertindihan tekstur tanpa sebarang warna kontras. Tanpa secebis pun warna pop menyengat, tema ini bermain lapisan tekstur seperti sulam, paten tidak menonjol, rerambu natural dalam spektrum warna alami. Untuk pilihan aksesori, dikuasai material jenis seramik, batu dan fabrik semulajadi yakni kulit, kapas, linen dan kraf tenun tangan.

 

danish_design-singapore

 

3. Edgy Scandinavian

 

“Lantai kayu bersama cantuman warna pop perabot dan dinding putih neutral mencipta gaya Scandinavian bersahaja. The backdrop might be white but the color is everywhere,” jelas pengasas Joy Design Studio, Azrul Nasim.

See also
Jessica Alba Bakal Menimang Zuriat Ketiga