Melania Trump Memberi Amaran Kepada Bekas Isteri Presiden Trump

First Lady Melania Trump Memberi Amaran Kepada Bekas Isteri Presiden Trump

Wanita Pertama Amerika Syarikat Melania Trump sebelum ini tidak pernah menggunakan pekerja rasmi White House untuk apa-apa pun. Namun buat pertama kalinya dia telah menghantar wakil untuk membidas jenaka yang disampaikan oleh bekas isteri Presiden Trump dan juga merupakan ibu kepada Ivanka Trump, Ivana Trump.

 

Ivana bersama Donald Trump dan anak-anak mereka pada tahun 1998.

Foto Davidoff Studios/Getty Images

Ivana Trump (née Zelníčková) berasal daripada Czech telah berkahwin dengan Presiden Trump pada tahun 1977 dan bercerai pada tahun 1992 selepas skandal Trump bersama Marla Maples. Hasil daripada perkahwinna itu mereka telah dikurniakan tiga orang zuriat; Donald John Trump Jr., Ivanka Marie Trump, dan Eric Frederick Trump. Dengan mengekalkan nama akhirnya sebagai Trump, Ivana baru-baru ini telah melancarkan memoir terbarunya yang berjudul Raising Trump.

 

Dalam satu temubual eksklusif bersama ABC News, Ivana menyatakan bahawa dia secara tidak langsung telah membesarkan ketiga-tiga anaknya itu seorang diri tanpa bantuan daripada bekas suaminya itu. Walaupun Trump seorang bapa yang penyanyang, dia tidak berinteraksi dengan anak-anaknya sehingga mereka berusia 18 tahun di mana dia boleh membincangkan perihal perniagaan bersama mereka.

See also
Pippa Middleton Bakal Berkahwin

 

Ivana juga mendakwa bahawa dia mempunyai talian terus ke White House untuk menghubungi Presiden Trump jika dia mahu hanya dia enggan berbuat demikian supaya tidak membuatkan Melania cemburu.

 

“Saya tidak mahu menelefonnya di sana kerana Melania juga berada di sana dan saya tidak mahu menyebabkan sebarang kecemburuan kerana saya adalah isteri pertama Trump, OK? Wanita pertama Trump, OK?” nyata Ivana sambil tertawa.

 

Jenaka ini walau bagaimanapun tidak diambil sebagai jenaka oleh Wanita Pertama sebenar di mana pengarah komunikasinya telah mengeluarkan kenyataan tegas untuk Melania kepada CNN:

Puan Trump telah menjadikan White House sebagai rumah buat Barron dan juga Presiden. Beliau amat menyukai dengan kehidupannya di Washington, DC, dan merasa berbesar hati dengan peranannya sebagai Wanita Pertama Amerika Syarikat. Beliau juga merancang untuk menggunakan gelarannya ini untuk membantu kanak-kanak, bukan untuk menjual buku. Jelas sekali kenyataan daripada bekas isterinya itu tidak mempunyai sebarang kebenaran, dan malang sekali ini hanyalah cubaan mencari perhatian.

Ini merupakan kali pertama Melania tampil untuk membidas sebarang kontroversi yang melibatkan dirinya di mana dia sebelum ini pernah menyatakan dia mempunyai muka yang tebal dan enggan melayan sebarang kritikan. Namun Ivana might have struck a nerve?

 

See also
Katie Holmes Sudah Tidak Single Lagi Selepas 5 Tahun Bercerai