Elizabeth Banks Mempersoalkan Kekurangan Protagonis Wanita Dalam Filem Spielberg - Glam Malaysia

Elizabeth Banks Mempersoalkan Kekurangan Protagonis Wanita Dalam Filem Spielberg

Sebagai pelakon dan juga pengarah, Elizabeth Banks sendiri has something to say kepada pengarah tersohor Steven Spielberg.

 

Foto: FayesVision/WENN.com

Disebalik kehebatan dan populariti Spielberg, Banks mula perasan sesuatu yang tidak kena dengan majoriti hasil karya pengarah popular itu: kekurangan protagonis wanita dalam filemnya.

 

Banks membuat kenyataan tersebut sewaktu menghadiri acara Women in Film Crystal + Lucy Awards di mana dia telah diberi penghargaan pada malam tersebut.

 

“Saya telah menonton Indiana Jones dan Jaws dan juga setiap filem yang pernah diarah oleh Steven Spielberg, malah dia tidak pernah menghasilkan filem dengan wanita sebagai watak utama,” mula Banks sewaktu ucapannya sebagai penerima anugerah Crystal Award.

 

Foto: FayesVision/WENN.com

Sorry, Steven. I don’t mean to call your a*s out, but it’s true.

 

Seorang individu dalam kalangan penonton tampil membetulkan Banks mengenai filem The Color Purple yang dibintangi oleh Whoopi Goldberg dan menimbulkan kekeliruan sama ada dia mengarah atau menerbit filem tersebut. He did sebenarnya. Dia juga mengarah The Sugarland Express yang dibintangi oleh penerima Crystal Award sebelum ini, Goldie Hawn.

See also
Gaya Coachella – Minggu Kedua

 

Namun, dua filem ini dihasilkan pada 30 dan 40 tahun yang lalu dan pada masa itu situasinya berbeza dengan sekarang. Kerana pada alaf ini, boleh dilihat filem yang berjaya dengan menggunakan wanita sebagai protagonis utama, jadi keengganan ataupun kealpaan penagrah-pengarah yang enggan berbuat demikian boleh dilihat sebagai agak aneh sebenarnya.