Dokumentari Pereka Fesyen Ikonik Alexander McQueen Yang Ketiga - Glam Malaysia

Dokumentari Pereka Fesyen Ikonik Alexander McQueen Yang Ketiga

Pereka berbakat, kreatif dan inovatif Alexander McQueen telah meninggalkan sebuah legasi yang tidak dapat ditiru oleh mana-mana pereka yang ada sekarang.

 

Alexander McQueen dan Isabella Blow.

 

Tahun lalu dilaporkan pengarah filem Andrew Haigh akan menghasilkan sebuah biopik mengenai Alexander McQueen yang ditulis oleh Chris Urch yang masih lagi dalam proses perancangan setakat ini.

 

Sebuah lagi filem akan dihasilkan berdasarkan kisah persahabatan Alexander dengan pengarang fesyen ikonik Isabella Blow yang meninggal dunia selepas menelan racun tiga tahun sebelum kematian Alexander.

 

 

Sekarang sebuah dokumentari pula akan dihasilkan sempena hidup Alexander McQueen.

 

Dokumentari yang diberi judul McQueen ini akan diarahkan oleh Ian Bonhôte akan berkisarkan perjalanan hidup Alexander McQueen daripada seorang aprentis fesyen kepada pereka fesyen ternama.

 

 

“Dia sangat punk rebel, diinspirasikan oleh hidup di jalanan, masyarakat yang kurang bernasib baik, kepelbagaian seksual, dan pengakuan transgender,” terang Tim Haslam daripada Embankement Film mengenai Alexander.

See also
Duchess Kate Middleton Kecewa Dengan Kelakuan Putera William

 

Dokumentari ini masih lagi dalam peringkat awal tetapi we’re already excited untuk ketiga-tiga biopic Alexander McQueen yang akan datang!