Penerbit Ternama Hollywood Menerima 30 Dakwaan Gangguan Seksual

Penerbit Hollywood Harvey Weinstein Berhadapan Dengan 30 Dakwaan Gangguan Seksual

8 of 9

12 Oktober 2017

Model dan pelakon Cara Delevingne pula telah berkongsikan pengalamannya melalui Instagram peribadinya dengan kisah panggilan telefon dan uji bakat Tulip Fever di mana dia diminta untuk bercumbuan dengan seorang wanita.

 

 “Saya menghadiri mesyuarat bersamanya di lobi sebuah hotel dengan seorang pengarah berkenaan filem baru. Pengarah tersebut beredar dan Harvey meminta saya untuk tinggal dan berbual dengannya. Dia terus berkongsikan dengan saya tentang berapa ramai pelakon wanita yang dia telah tiduri dan bagaimana dia telah membuat mereka berjaya. Dia kemudiannya menjemput saya ke biliknya. Saya terus menolak dan bertanya kepada pembantunya adakah kereta saya sudah sampai di luar. Dia memberitahu saya tidak dan akan memakan masa yang lama dan saya patut pergi ke biliknya.”

 

“Pada saat itu saya merasa sangat lemah dan takut namun tidak mahu menunjukkannya kepada Harvey dan mengharapkan prasangka saya salah mengenai situasi itu. Apabila saya sampai saya merasa lega apabila melihat seorang lagi wanita berada di dalam bilik itu dan teruks berfikir bahawa saya selamat. Dia meminta kami untuk bercumbuan dan wanita tersebut memulakan segalanya mengikut arahannya,” nyata Cara.

See also
Beg Moden Baru Céline

 

Kes ini masih lagi belum mempunyai sebarang kesimpulan dengan Wesintein kini berada di Eropah dan hanya meminta maaf kepada wanita-wanita ini tanpa memikirkan “parut” yang ditinggalkannya terhadap hidup wanita-wanita yang telah dia ganggu.

 

Mangsa lain termasuklah: Ambra Battilana, Asia Argento, Dawn Dunning, Emma de Caunes, Heather Graham, Jessica Hynes, Judith Godreche, Katherine Kedall, Liza Campbell, Louise Godbold, Louisette Geiss, Lucia Evans, Mira Sorvino, Romols Garai, Rosanna Arquette, Tomi-Anna Roberts, Zoe Brock dan beberapa lagi laporan anonymous.