Georgina Chapman, isteri Harvey Weinstein yang telah mendirikan rumah tangga bersama sejak tahun 2008, telah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Weinstein dengan kenyataan “Hati saya remuk untuk semua wanita yang telah melalui pengalaman yang perit akibat perbuatan yang tidak boleh dimaafkan ini. Saya telah memilih untuk meninggalkan suami saya. Menjaga anak-anak saya adalah keutamaan saya dan saya meminta media memberikan kami privasi pada waktu ini.”