Penerima anugerah Academy dan Golden Globes Gwyneth Paltrow juga tampil untuk berkongsikan intipati dakwaan gangguan seksual Weinstein terhadapnya ketika dia berusia 22 tahun. Pada waktu itu Gwyneth telah dipanggil untuk bertemu dengan Weinstein di Peninsula Suite di mana dia telah memegang Gwyneth dan meminta ntuk diurut oleh Gwyneth. “Saya masih muda, saya diterima untuk kerja, saya sangat takut dan terkejut,” kongsi Gwyneth. Selepas memberitahu teman lelakinya pada masa itu, Brad Pitt telah berhadapan dengan Weinstein yang membuatkan lelaki tersebut memberi amaran kepada Gwyneth untuk tidak memberitahu orang lain berkenaan hal atau dia akan dipecat.