Debut Lila Moss Sebagai Model Menyambung Legasi Kate Moss

Debut Lila Moss Sebagai Model Menyambung Legasi Kate Moss

Baru sahaja meraikan hari lahir ke-16, anak kepada supermodel Kate Moss, Lila Moss kini menyambung legasi peragawan ibunya dengan kempen pertamanya. Sekaligus mengumumkan kepada dunia she is here.

 

Pereka-pereka yang mengenali Lila menyatakan gadis muda ini mempunyai perwatakan yang matang untuk usianya. “Ketika saya bertemu dengan Lila pada usia enam tahun sahaja dia sudah mempunyai watak, lagak, dan kecantikan yang sudah ketara,” kata pereka fesyen Marc Jacobs sewaktu bertemu dengan Lila di Ibiza buat kali pertama.

 

A post shared by Lila Moss (@lilamoss) on

When you are the daughter of supermodel dan pengarang majalah ternama, Jefferson Hack, dunia hanya menghitung masa sebelum Lila Moss diperkenalkan kepada dunia.

 

Apabila ditanyakan akan pengajaran yang dia dapati daripada ibunya sepanjang berkecimpung dalam industri ini, Lila menjawab, “Dia sering mengajar saya untuk bekerja keras dan sering bersikap sopan, dan juga memastikan saya selesa dengan apa juga perkara yang saya lakukan.”

See also
Gaya Baharu Lindsay Lohan Pasti Mengejutkan Ramai!

 

Adakah Lila akan mengikut jejak ibunya seperti mana Kaia Gerber mengikut jejak Cindy Crawford? Hanya masa depan yang punyai jawapan tersebut.