CEO J. Crew Bakal Mengundurkan Diri - Glam Malaysia

CEO J. Crew Bakal Mengundurkan Diri


CEO lagenda J. Crew, Mickey Drexler dikhabarkan semalam akan meletakkan jawatan tidak lama lagi. Beliau amat terkenal di dunia bisnes fesyen, terutamanya di Amerika Syarikat akan kebolehan beliau memberi nafas segar kepada jenama bernyawa-nyawa ikan. Antara jenama yang “hidup kembali” di bawah arahan Mickey ialah J. Crew dan GAP. Beliau telah berjaya memutarkan jenama GAP dari brand menjual denim secara kecil-kecilan hingga menjadikan ia sebagai jenama yang pasti wujud di setiap pusat beli-belah besar di seantero dunia! Ketika di J. Crew, Mickey pernah dibuang kerja oleh jenama itu pada tahun 2002 tetapi diambil semula sebagai CEO sekali gus menambat kedudukan J. Crew dalam dunia fesyen pantas dari hanya penjual pakaian berunsur preppy kepada sebuah retailing powerhouse!

 

Mickey mengumumkan berita mengejutkan itu kepada majalah WWD semalam. Keputusan itu dibuat hanya beberapa bulan selepas Jenna Lyons, pengarah kreatif dan presiden jenama tersebut meletakkan jawatan. Mengikut WWD, rancangan tersebut telah dibicarakan selama lebih setahun sebelum. Mickey bakal mengundur diri secara rasmi pada pertengahan bulan July dan akan diganti oleh presiden semasa West Elm, James Brett.

See also
Max Mara Menumpukan Kepada Kesederhanaan Untuk Minggu Fesyen Milan


Langkah ini membuat ramai tertanya-tanya akan masa hadapan J. Crew. Jualan telah merundum bagi dua tahun lepas dan syarikat itu juga telah meraih kerugian besar, tambahan itu, lebih 150 dibuang kerja pada bulan April. Sehubungan dengan itu, berbagai-bagai jenama taraf sama seperti Bebe dan American Apparel telah lingkup dimakan zaman. Jenama gergasi seperti H&M dan Zara yang mempunyai pengguna atas talian yang ramai menjadi jenama go-to bagi para penggemar fesyen dan pembeli millinneal kini.

 

Namun demikian, Mickey akan terus menjadi pengerusi board syarikat yang disegani rakyat Amerika Syarikat itu. Beliau juga mempunyai 10% saham syarikat tersebut.