Britney Spears Is Not Here For Your Judgmental Ears

Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live

Foto Matt Baron/BEImages

Akibat sudah jemu dengan kritikan orang ramai mengenai kebolehan nyanyiannya, puteri pop Hollywood Britney Spears tampil untuk mengingatkan kenapa dia diberi gelaran tersebut.

 

Melalui satu sesi persembahannya untuk residensi “Piece of Me” Spears di Las Vegas, dia telah membuktikan kepada pihak yang menuduhnya menggunakan teknik lip-syncing untuk setiap persembahannya dengan menyanyikan lagu hit 90-an “Something to Talk About” oleh Bonnie Raitt.

 

Spears membuat keputusan untuk menyanyikan lagu tersebut kerana dia merasa sangat kecewa dengan cara media menyokongnya pada satu masa dan cuba untuk menjatuhkannya pada masa yang lain.

 

I never really spoke about it, you know, and I’m a Southern girl. I’m from Louisiana. I’m from the South and I like to keep it real, so I want to just make sure I keep having you motherf*ckers something to talk about, okay?” sebelum dia memulakan nyanyiannya dan membuktikan vocal tracks yang dia sering gunakan untuk setiap persembahannya hanyalah sebagai sokongan buat dirinya yang sentiasa memberikan persembahan yang penuh bertenaga dan meriah.

See also
GLAM Life: Elyna Effendi

 

“Ramai berpendapat bahawa saya tidak menyanyi secara live. Selalunya, kerana saya sentiasa menari [dalam persembahannya], saya mempunyai sedikit playback yang dicampurkan dengan suara saya sendiri. Ini membuatkan saya merasa marah kerana saya bekerja keras di atas pentas sambil menyanyi dan tiada siapa yang menghargai usaha saya,” nyata Spears dalam satu temubual sebelum konsertnya di Israel.

 

There you have it, guys. Dari puteri pop itu sendiri.

 


 

A post shared by Joey Monroe (@joeymonroe) on