Beyoncé Mengumumkan Biasiswa Formation & Bakal Membeli Rumah $120 juta
Album ke-6 penyanyi pop ikonik dunia Beyoncé, ‘Lemonade’, baru-baru ini telah menduduki tangga pertama untuk jualan album paling laris tahun 2016 dengan jumlah sebanyak 2.5 juta mengalahkan ‘25’ oleh Adele (2.4 juta) dan ‘Views’ oleh Drake (2.3 juta).
Bersempena dengan ulangtahun pertama album hit ‘Lemonade’ oleh Beyoncé pada 23 April yang lalu, penyanyi tersebut meraikan hari bermakna ini dengan mengumumkan berita gembira buat golongan wanita menawarkan biasiswa Formation.
Queen Bey telah mengumumkan berita gembira ini di laman sesawangnya sendiri:
Foto: Beyonce.com
Beyoncé akan menawarkan biasiswa ini kepada empat orang untuk sesi akademik 2017-2018 yang ingin melanjutkan pengajian mereka di empat buah sekolah ini: Parsons School of Design, Berklee College of Music, Howard University dan Spelman College.
Biasiswa ini hanya terbuka kepada golongan wanita yang akan ataupun sedang melanjutkan pengajian dalam bidang seni kreatif, muzik, sastera, ataupun pengajian Afircan-American.
Perihal keluargan pula dengan kedatangan pasangan kembar mereka tidak lama lagi, Beyoncé dan suaminya Jay-Z (Shawn Carter) dilaporkan sedang membida sebuah rumah yang terletak di kawasan perumahan peribadi 454 Cuesta Way, Bel Air pada harga $120 juta. Rumah ini mempunyai empat kolam renang, lapan bilik (dengan tingkap kalis peluru), dan banyak lagi kelengkapan menarik yang membuatkan rumah itu menjadi dambaan ramai.