Bella Hadid Dilaporkan Terasa Dengan Hubungan Baru The Weeknd - Glam Malaysia

Bella Hadid Dilaporkan Terasa Dengan Hubungan Baru The Weeknd

Foto: Instagram/bellahadid

Ura-ura yang melaporkan bahawa Bella Hadid rasa dikhianati oleh Selena Gomez adalah tidak benar sama sekali kerana mereka hanyalah kenalan biasa dan bukanlah BFF seperti yang anda sangkakan.

 

Walaupun Bella pernah menyatakan bahawa hubungan dia bersama The Weeknd (Abel Tesfaye) sudah berakhir, mereka telah membuat keputusan untuk terus berkawan selepas perpisahan mereka. Tetapi menurut kenyataan sumber yang rapat dengan Bella, dia terasa hati dengan bekas kekasihnya yang nampaknya sudah pun moved on.

 

Pada minggu lalu The Weeknd dan Selena Gomez dilihat bermesraan di luar sebuah restoran dan orang ramai mula mengeluarkan teori yang Bella unfollow Selena di Instagram kerana perkara itu.

 

“Perpisahan Bella dan Abel tidaklah dramatik, tetapi sudah tentu dia terasa dan marah yang dia sudah move on secepat ini bersama Selena,” kata sumber tersebut.

 

Menurut gambar yang dikongsikan oleh Bella beberapa hari lalu di Instagramnya itu mungkin untuk The Weeknd dan bukannya Selena?

See also
Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Berpisah

 

A photo posted by Bella Hadid (@bellahadid) on