Bella Hadid dan The Weeknd Berpisah - Glam Malaysia

Bella Hadid dan The Weeknd Berpisah

 
Selepas dua tahun bersama, Bella Hadid dan Abel (The Weeknd) akhirnya berpisah.
 
Perpisahan tersebut berpunca dari jadual padat pasangan ini yang membuatkan mereka sukar menghabiskan masa bersama.
 
Hadid, 20 dan Abel, 25 mula bekerja bersama apabila supermodel itu membintangi muzik video ‘In The Night’ oleh The Weeknd.
 
Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mereka namun kedua-dua individu ini akan bertemu di Paris 30 November ini untuk pertunjukan fesyen Victoria’s Secret.