Saban tahun Victoria’s Secret Fashion Show merupakan acara fesyen yang sering dinanti-nantikan bukan sahaja golongan fesyen, tetapi juga selebriti dan peminat di serata dunia. Tahun ini menampilkan perubahan apabila buat julung kalinya ianya bakal diadakan di London pada 2 Disember nanti.
Selain daripada The Angels iaitu Adriana Lima, Alessandro Ambrosio, Candice Swanepoel, Behati Prinsloo, Karlie Kloss, Doutzen Kroes, Lily Alridge dan Lindsay Ellingson, seramai lebih 30 orang lagi barisan model turut bakal menjayakan pentas penuh warna itu. Ketahui lanjut siapa diantara barisan peragawati yang terpilih.