Alexa Chung Dan Alexander Skårsgard Berpisah - Glam Malaysia

Alexa Chung Dan Alexander Skårsgard Berpisah

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan romantik bersama, model/pereka fesyen Alexa Chung dan pelakon Alexander Skårsgard called it quits.

 

Orang ramai mula membuat spekulasi bahawa mereka berdua sudah tidak mempunyai sebarang hubungan selepas kedua-duanya membuat kemunculan di MET Gala Mei yang lalu secara berasingan.

 

Hal ini disahkan apabila Skårsgard tampil dengan seorang model Toni Garrn dalam satu blind date.

 

Sumber melaporkan kepada Page Six bahawa ini adalah pertemuan pertama buat mereka berdua. “Pertemuan mereka adalah melalui kawan mutual. Toni berasa sangat gementar dia menjemput dua orang lagi rakannya untuk berjumpa dengan Skårsgard . Mereka makan tengahari di rumah Skårsgard  sebelum beredar ke Gurney.”

 

Namun pertemuan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang menurut sumber tersebut lagi.

 

Wakil pihak Toni pula menafikan pertemuan antara model tersebut bersama Skårsgard tetapi mengaku kebarangkalian mereka berjumpa pada hujung minggu yang lalu.

 

Garrn sebelum ini pernah menjalinkan hubungan bersama Leonardo DiCaprio.

See also
Adakah Kate Middleton Akan Dikecam Kerana Memilih Untuk Memakai Hitam Sewaktu BAFTA Kelak?