Alessandro Michele Bakal Terima Anugerah International Fashion Designer of the Year

Alessandro Michele Bakal Terima Anugerah International Fashion Designer of the Year

Oleh: Mujahid Saddam

 

Alessandro Michele2Gambar: TPGVIP

 
Setelah diumumkan bahawa pentas Gucci Cruise 2017 bakal mengambil lokasi di kota London, kini dikhabarkan pula bahawa Pengarah Kreatif rumah fesyen itu, Alessandro Michele bakal menerima anugerah International Fashion Designer of the Year di British Fashion Award yang akan berlangsung Isnin hadapan (23 November 2015).
 
Dalam suatu temu bual, bicara Michele, “Kota London merupakan titik mula kerjaya saya bersama Gucci. Saya amat taksub dengan budaya British yang lalu hingga kini serta jatuh cinta dengan negara ini dengan sejarahnya yang penuh pesona.”
 
Michele mula berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif Gucci pada Januari lalu. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh British Fashion Council, “dalam tempoh yang singkat sejak Alessandro memulakan peranannya, dia telah mementaskan empat koleksi yang berjaya mencuri perhatian kelompok dalam industri serta peminat fesyen lalu menetapkan agenda fesyen tersendiri dan terus mengukuhkan nama Gucci sebagai rumah fesyen berwibawa,”
 
British Fashion Awards 2015 akan berlangsung di London Coliseum.
 
 

See also
Putera William dan Putera Harry Akhirnya Berkongsi Kisah Kehilangan Puteri Diana