Adele Sekali Lagi Memecah Rekod Dengan Albumnya - Glam Malaysia

Adele Sekali Lagi Memecah Rekod Dengan Albumnya

Penyanyi dan penerima beberapa anugerah Grammys Adele telah memecah rekod untuk album paling lama di dalam carta oleh penyanyi wanita untuk Billboard 200.

 

Adele di Australia
Foto: www.INSTARimages.com

Album hit Adele ‘21’ yang dikeluarkan pada tahun 2011 telah mengalahkan album ‘Tapestry’ oleh Carole King (1971) setelah mencecah minggu ke-319 album tersebut di dalam carta berprestij ini.

 

21’ dianggarkan sudah terjual sebanyak 30 juta keping dan semenjak menduduki carta di tempat pertama pada 12 Mac 2011, album tersebut kekal di dalam carta sepanjang minggu dan 24 minggu di tempat pertama.

 

Album yang diberi pengiktirafan ‘diamond’ ini juga turut memenangi enam anugerah Grammys, dua Anugerah BRIT, dan juga menduduki tempat ke-4 untuk album paling laris di UK.

 

Adele di Australia
Foto: www.INSTARimages.com

“Inilah sebabnya–kita tidak boleh membuat andaian,” Adele memberitahu The Guardian.

 

“Saya tidak sombong. Saya tidak mudah tertipu. Beberapa orang yang sudha bercakap dengan memeberitahu saya ‘Anda akan menjual sekurang-kurangnya separuh daripada apa yang anda jual sebelum ini.’ Tapi saya tidak rasa semuanya semudah itu. Kita tidak tahu.”

See also
Bapa Meghan Markle Menarik Diri Daripada Perkahwinan Meghan Markle

 

Baru-baru ini penyanyi tersebut baru sahaja menghabiskan konsert jelajahnya di Australia dan mengumumkan bahawa itu mungkin jelajah terakhirnya.

 

“Menjelajah bukanlah sesuatu yang bagus dalam melakukannya… tepukan membuatkan saya rasa sedikit terdedah. Saya tidak tahu jika saya akan menjelajah lagi,” ucap Adele kepada peminat-peminatnya.

 

Adele menghabiskan ucapannya dengan menyatakan bahawa “anda semua adalah sebab saya memulakan konsert jelajah ini.”