Tips Memilih Jenis Material Kabinet Dapur

Tip Memilih Material Yang Sesuai Untuk Kabinet Dapur

Berfungsi sebagai nadi sesebuah kediaman, dapur adalah ruang aktiviti paling aktif. Antara kriteria yang perlu diambil kira ialah material, reka bentuk dan ruang penyimpanan yang luas. Ketahui jenis material yang sesuai untuk kabinet dapur anda bagi menepati keperluan gaya hidup urban hari ini.

 

Gambar: Deposit photos

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Medium Density Fibreboard

Mengandungi gentian yang digabungkan dengan pelekat atau gam di bawah  tekanan sebelum dibentuk menjadi papan atau panel. MDF bertekstur lebih halus, padat dan berat berbanding partikel papan. Sesuai digunakan untuk binaan rak, laci dan pintu kabinet.