Rakaman Audio Didedahkan, Bukti Johnny Depp Mangsa Keganasan Amber Heard
Baru-baru ini satu rakaman audio telah dikongsikan di Twitter dipercayai sebagai bukti keganasan aktres Amber Heard terhadap bekas suaminya, Johnny Depp. Ini telah membuktikan bahawa Depp tidak bersalah atas tuduhan mendera Heard.
Rakaman yang didedahkan secara eksklusif oleh Daily Mail UK diakui asli oleh peguam Depp, Adam Waldman di mana audio berkenaan sebenarnya dirakam pada tahun 2015 semasa dua jam sesi terapi pasangan selebriti itu.
0 Comments