Hidup Kim Kardashian West dan Kanye West Bakal Berubah

Kim Kardashian West & Keluarga Bakal Mengalami Perubahan Besar

Dengan satu dunia memerhati keluarga Kardashian-Jenner dengan ketat selepas berita kehamilan Kylie Jenner dan Khloé Kardashian kerana kedua-duanya masih lagi berdiam diri tanpa sebarang jawapan, Kim Kardashian West pula telah mengesahkan yang dia sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiganya bersama Kanye.

 

Foto Instagram/KimKardashian

Beberapa yang lalu laporan bahawa Kim dan suaminya bakal menimang cahaya mata ketiga melalui proses ibu tumpangan kerana jika Kim sendiri yang hamil, ia boleh memudaratkan kesihatannya. Pengakuan Kim ini diumumkan melalui satu klip promo buat musim baru rancangan Keeping Up With The Kardashians yang bakal ditayangkan pada 1 Oktober ini.

 

Pada penghujung klip itu Kim dilihat sedang berhubung dengan adiknya, Khloé, melalui aplikasi FaceTime dan soalan pertama yang ditujukan oleh Kim adalah “Apa yang sedang berlaku jika setiap kali saya berkata “Cuba teka?” dan Khloé tidak perlu berfikir panjang sebelum menjawab “Hamil. Orang itu sedang hamil,” membuatkan Kim tersenyum lebar sebelum menyatakan dengan kegembiraan “Kami bakal menimang cahaya mata!”

See also
Datin X: Ibu Minta Belas Ihsan Anak Selepas Diceraikan

 

Now that Kim sudah mengumumkan “kehamilannya” secara rasmi, we’re waiting for you Kylie dan Khloé.