Bottega Veneta, jenama paling cool sekarang dengan persembahan aksesori yang hangat. GLAM kongsi item yang mencuri tumpuan dan menjadi pilihan orang fesyen kini!
1. BV Curve
Kasut ini hadir dalam dua rekaan yakni seni jalinan berpintal pada kasut dan satu lagi adalah kasut tumitnya yang berkeluk. Materialnya adalah kapas fiber yang gebu memberi keselesaan serta kemasan dalam pula dalam fabrik cashmere.
2.THE MAXI BV JODIE
Beg ini cukup ikonik dengan jalinan Intrecciato Bottega Veneta dan ditambah pula dengan pintalan knot yang cukup klasik. Diperbuat di Itali dan mengambil masa seharian untuk menyiapkan satu beg.
3.ENVELOPE CLUTCH
Lahir daripada himpunan The Pouch, Bottega Veneta melancarkan pula satu clutch baru yang berbentuk tiga segi. Bercirikan seni minimalis, clutch ini hadir dalam material lambskin lembut samada polos atau bercorak kuda belang.