Zaida Ibrahim: Smart, Sexy, Cool

Zaida Ibrahim: Smart, Sexy, Cool

Muda dan tidak pernah tahu untuk duduk diam lagi pantang berputus asa. Ada sahaja yang direncanakan wanita berwawasan tinggi ini. Terbaru, dia punya projek pengubahsuaian seni rekaan dalaman langsung berjinak- jinak dalam bidang Perhubungan Awam. Zaida Ibrahim terus mara menyahut cabaran.

 

Terjaga daripada tidur, anak mata meleret merenung jam di dinding. Waktu menunjukkan jam enam pagi. Saya bingkas bangun menuju kamar mandi. Hari ini saya ada temu janji dengan Zaida di Kiara Park. Wawancara kali ini berbeza sedikit. Agenda saya adalah untuk meluangkan masa seharian bersamanya bagi melihat lebih dekat lagi aktiviti hariannya yang sibuk. Biarpun dia tidak duduk di ruang kerja secara rasmi, work is a never-ending process even on the weekends! Dia memilih untuk kekal aktif lantas dikenali sebagai seorang yang mementingkan gaya hidup sihat. Pesan Zaida kepada saya, jangan lupa untuk membawa persalinan lebih dan selesa kerana rutin harian dimulakan dengan bersenam sebelum singgah ke pelbagai lokasi lainnya.

 

Tepat pada masa kami bersua muka di Kiara Park. Tersenarai sebagai KL’s Hottest Women, wanita asal Pulau Pinang ini dilihat hadir pada segenap acara fesyen sekitar kota raya. Orangnya sungguh mesra untuk diajak berbual. “Morning, hope you’re doing good,” sapa Zaida sambil tersenyum. “Dah bersedia untuk memulakan hari bersama I?” tambahnya lagi. “Good morning!” balas saya. “Well, this is quite an exciting day. Jangan cakap you bangun awal setiap hari, as early as today just to workout?” Tanya saya.

 

“Kebiasaannya rutin harian saya bermula seawal 6.30 pagi namun kalau berhajat untuk ke gim saya bangun lewat sedikit. Bergantung pada situasi. Andai kata mahu trail running seperti hari ini saya kena bangun lebih awal. I hope
I didn’t give you a hard time,”
kata Zaida sambil ketawa kecil.

 

Style: “Neutral”

LIVING A LIFE OF ADVENTURE Sambil berlari saya usulkan, apa rutin workout di gim? “HIIT atau High-intensity interval training. One of the most efficient forms of exercise you can do. And that makes it perfect for busy people like me. Paling penting ia membakar lebih banyak lemak dan kalori dengan kadar masa yang singkat. Kemudian berehat dan ulang set seterusnya. Macam mana sibuk sekalipun saya akan cari masa untuk bersenam,” terang Zaida yakin. Tambah wanita yang baru sahaja dilamar ini, “My days are packed full, walaupun pada hujung minggu. If you know me, I prefer not to drive. Buang masa dengan keadaan trafik yang tidak terkawal. I’m an Uber fan and I have a driver. Dalam kereta adalah masa untuk I membalas e-mel dan lihat perencanaan harian yang sudah siap tersedia rapi. I like to stay busy. I jenis yang tidak tahu duduk diam. Sama macam bapak.”

 

Usai berlari, kira-kira pukul 8.30 pagi kami bergerak ke kafe kegemaran Zaida yang berdekatan di kediamannya di Taman Tun. Dalam persalinan sukan kami memasuki ruang kafe yang dibuka seawal lapan pagi. “Saya gemar ke sini kerana tidak jauh dari rumah dan semestinya kerana I kaki kopi. Di kafe ini juga saya selalu buat temu janji untuk perbincangan bersama klien. Jika tidak di rumah, saya bersarapan pagi di sini juga. Well, what do you want to know about me? Tanya Zaida. Kongsikan sedikit latar belakang diri. “Tanggal 28 Jun ini saya bakal menyambut ulang tahun ke-31 sekaligus menjadi penghias wajah hadapan GLAM adalah antara memori yang terindah! This year started really well! Pertamanya kerana bisnes saya berkembang. Saya juga dilamar pada bulan Mac yang lalu. Insha-Allah bakal diijabkabulkan pada Ogos nanti. Alhamdullilah, syukur pada Ilahi atas restu-Nya.” Bicara kami terhenti seketika tatkala Zaida harus memulakan mesyuarat dan kemudian kami pulang ke rumah Zaida untuk perbincangan persiapan hari pernikahan bersama kedua orang tuanya.

See also
UMMI NAZEERA

 

Terdengar perbincangan mereka, puteri bongsu Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad inginkan majlis perkahwinan yang kecil lagi intim. “Akad nikah bakal berlangsung di rumah dan akan hanya dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat. Kami menganggarkan dalam skala kecil termasuk rakan bapak dan pengantin sebelah lelaki. Resepsi akan diadakan di Bali dan hanya akan dihadiri oleh rakan terdekat kami berdua sahaja. Bapak plans everything for me. Saya dambakan majlis yang bersifat peribadi. A destination wedding has always been my dream. Simple and sweet for Nikah, and Bali will be fairytale-ish. Hari ini saya akan berbincang bersama mereka untuk persiapan katering dan sebagainya.”

 

Menjamah makan tengah hari di rumah, Zaida menyifatkan ibunya Datuk Zainab Abd. Kader sebagai
The Best Hostess. “Mengenali ibu dia cukup suka memanggil rakan-rakannya ke rumah. Bukan itu saja, teman rapat kami serta adik-beradik juga tidak ketinggalan. Ibu pernah berkhidmat di Bank Negara sebelum memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. She left because being a politician’s wife is a full-time job. Dia perlu mengekori bapak ke mana sahaja. Ibu seorang social butterfly and so good with people! Semua orang dia kenal. Jujur, saya harapkan yang saya dapat ‘kemesraan’ itu daripada ibu tetapi I’m more like my dad. She loves hosting, trust me. Kadang-kadang balik ke rumah dari kerja, kawan-kawan I ada dekat rumah. Hairan, saya pun bertanya. Mereka bilang, ibu ajak datang ke rumah untuk makan. Ibu rapat dengan teman-teman saya seperti Angela, Jovian dan Nina. Dia sangat pandai memasak. Mostly Penang food, kerana kedua-duanya asal Pulau Pinang. Ibu dan bapak adalah high-school sweetheart. Bapak, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad merupakan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan. Bapak memulakan kerjayanya sebagai pensyarah, kemudian menjadi setiausaha politik sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1990 sehingga 1995 kalau tidak silap. Kami membesar di Pulau Pinang dan berpindah ke Kuala Lumpur setelah bapak menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan. Semenjak dari itu, kami sekeluarga tinggal di sini dan setelah bersara daripada politik bapak menubuhkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sebelum menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar ke Filipina. Pulang ke Malaysia bapak menjadi Presiden Pengasas UniKL dan kemudian dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Bapak senantiasa aktif, he always want to do something. Sitting home and doing nothing, not him at all.” Cerita Zaida mengenai keluarga.

See also
Paris Hilton Menghentam Lindsay Lohan Dengan Komen Di Instagram

 

Style: “Neutral”

PRIVILEGE ISN’T EVERYTHING Pengasas bersama jus cold-pressed, Impressed ini cukup sibuk! Ini terbukti setelah melihat rencana hariannya. Dari rumah kami beralih ke kedai jusnya di Nu Sentral. “Saya balik dari UK sekitar usia saya 23 tahun setelah menamatkan pengajian sarjana muda dengan kepujian dalam jurusan Economics, Finance and Management di Queen Mary, University of London. Kami adik-beradik semuanya pergi ke sekolah kerajaan. Bapak tidak percayakan pendidikan di sekolah swasta kerana dia berjaya sebagai seorang insan hasil didikan sekolah kerajaan. Sebelum keputusan SPM keluar saya sudah didaftarkan ke Universiti Help bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Asasi dengan mengguna keputusan percubaan. Bapak tidak suka saya membuang masa. Atas persetujuan dan perbincangan, saya menekuni bidang ekonomi dan kewangan kerana saya gemarkan mata pelajaran matematik. I think I’m the only one in the family that love maths. Bapak lebih kepada teori maksudnya lebih banyak membaca. Saya tidak gemar membaca, I picked up maths because it’s all about understanding and doing. Tidak perlu menghafal. Tetapi waktu ingin membuat keputusan kami fikirkannya masak-masak kerana bapak kata takkan mahu belajar matematik dan statistik semata? Lagi pula mahu jadi apa selepas tamat belajar? Ahli matematik barangkali? Jadi, saya mengambil kata putus untuk menekuni bidang ekonomi dan kewangan memandangkan peluang kerja lebih luas,” tutur Ziada sambil menjengah kakitangannya langsung meneliti jus yang berbaris dalam peti sejuk.

 

“The reason I waited for seven years to start my own business, kerana kalau you tak pernah kerja dengan orang, macam mana mahu tahu selok-belok dunia perniagaan. Now I have staff, and I was someone else’s staff before. Itu penting untuk memupuk keserasian bersama. Bapak bukan datang daripada bidang keusahawanan tetapi dia sangat percayakan kebolehan saya. He knows I worked hard for this. Semua ahli keluarga banyak menolong waktu ingin menubuhkan Impressed. The most important thing is to make sure your parents and family believe in you. At times you will doubt yourself but the fact that they believe in you gives a lot of motivation. Impressed is not growing in terms of outlets but we have a website, and have increased our product line. Now we have juice cleanse and smoothie bowls. Boleh didapati di pusat beli-belah Nu Sentral atau menerusi laman sesawang kami. Kami juga ada perkhidmatan penghantaran. Turning one year now, it’s tough but it is going to the direction that I wanted,” terang Zaida sambil membelek-belek kertas kerja perniagaan jusnya.

 

“Yes, I was privileged growing up. My parents provided us everything and we can’t ask for more. Sudah tentu jika anda melihat di sekeliling dan rakan-rakan have more than you and that is a wrong way to look at life. Ada banyak juga orang di luar sana yang tidak berkemampuan. Kita perlu seimbangkannya. Kala usia remaja, saya rasa macam susah bapak nak bagi wang berlebihan. Dia bukan datang dari keluarga yang senang dan dia bersusah payah untuk membina keluarganya. Seperti yang dikatakan kami semua pergi ke sekolah kerajaan dan bapak mahu kami semua bergaul dalam persekitaran yang sama, tiada jurang perbezaan. Melihat dunia realiti daripada pelbagai latar belakang dan perspektif kehidupan. Going for family holidays, we didn’t fly business class. Bapak kata kalau you dah selesa terbang dalam kelas bisnes sekarang, nanti kalau sudah bersuami dan dia tidak berkemampuan bagaimana?”

See also
Upacara Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas Dilimpahi Kemewahan

 

“Saya jenis yang tidak tahu duduk diam sejak di bangku sekolah lagi. Tamat sekolah menengah saya ikut bapak ke pejabatnya. Pelbagai kerja saya lakukan dari pemfailan, menjadi penyambut tetamu mahupun menolong di HR. I can’t complain doing easy stuff, sebab mahukan telefon. Bapak tidak akan bagi dengan sewenang-wenangnya. Dia hanya mahu membina disiplin untuk bangun pagi, pergi kerja dan balik ke rumah. Di London saya juga bekerja sebagai jurujual di Selfridges. Bapak beri wang saku bukan secara bulanan, jumlah yang diberi adalah secara pembelajaran tahunan. Dia menyuruh setiausahanya untuk menelefon MARA dan bertanyakan jumlah biasiswa yang diperolehi atas tajaan MARA. Kalau habis pandai-pandailah you hidup. He said if other people can survive with that amount of money, why can’t you?”

 

Sebelum saya pulang dari makan malam di restoran kegemarannya iaitu Bakar, saya bertanyakan fasal Arif dan ceritera cintanya. “Semuanya bermula daripada temu janji makan tengah hari bersama Izzana Salleh. Niatnya untuk memperkenalkan seorang rakannya yakni Arif waktu mula-mula Impressed baru mahu memulakan perencanaannya. Untuk tidak nampak kekok saya ajak sekali teman rapat saya Puteri Muna. Sebelum itu saya khabarkan kepada Izzana, I’m not interested of going out for dating and I will have no time for this. Tajuk perbualan kami adalah mengenai juicing kerana dahulu Arif agak berisi. Dia kehilangan 30 kilo kala mengamalkan juicing. Lalu, selepas itu dia tidak pernah berhubung. After two months, real story and so random, mesin jus saya rosak lantas saya bertanyakan nombornya dari Izzana. Terus saya menelefon dan bertanya untuk meminjam mesin jus kepunyaanya. Sehingga ke hari ini saya diusik dan Arif memberi tahu semua orang I mengorat dia over broken mixer. I’m like whatever lah. But it’s true my juicer broke and I had to call him,” cerita Zaida sambil gelak besar.

 

“Yang manisnya Arif ini, dia adalah penyokong tegar saya. My weekend and my weekdays are the same. Dia akan menunggu saya biarpun sudah jauh lewat malam dan pastikan saya pulang dengan selamat. My hashtag for my wedding is #BrokenJuicer. Waktu dilamar kami keluar makan di Bakar dan merupakan lokasi kegemaran kami kerana diet pemakanan kami yang berasaskan protein dan dipanggang. Genap setahun saya dilamar di tempat yang sama kami duduk waktu our first time dating. He actually took a day off, went to Bakar and plan everything. Saya tidak tahu menahu langsung akan rancangan Arif tapi selepas itu saya diberitahu, Arif sudah bertanya kepada kedua orang tua saya. My sisters knew as well, he asking for their opinion with the type of ring that I love. Turned out I love every minute that night. A night that we both won’t forget!”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Jun 2016