Usaha Hamil Kali Kedua, Siti Nurhaliza Selamat Jalani Pembedahan
Selepas kelahiran permata hati sulung, Siti Aafiyah, ramai peminat mendoakan agar penyanyi dan permata negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza untuk hamil buat kali kedua. And guess what? Siti khabarnya terbuka untuk menimang cahaya mata keduanya.
Baru-baru ini, menerusi hantaran di Instagam Stories, Siti berkongsi dirinya baru sahaja menjalani satu pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan semalam. Namun, Siti tidak memaklumkan dengan lebih lanjut jenis pembedahan yang dibuat.
Siti yang berumur 41 tahun ini menjelaskan pembedahannya itu dibuat kerana dirinya akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya untuk kehamilan pertama.
Perkembangan terkini, Siti khabarnya sudah dibenarkan keluar hospital dan akan berehat di rumah untuk seminggu dua ini. Siti Nurhaliza baru-baru ini membuat kemunculan kembali di pentas Anugerah Juara Lagu ke 34, muncul menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusoff, di mana lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu mendapat tempat ketiga. Take care CT!