The Women About Town: Putri Azalea, Putri Yasmin, Nora Danish, Alia Alizar dan Faralisa Adril - Glam Malaysia

The Women About Town: Putri Azalea, Putri Yasmin, Nora Danish, Alia Alizar dan Faralisa Adril

KEMBARA SECARA SOLO, BERIRING DENGAN ENTOURAGE ATAU BERSAMA TEMAN-TEMAN RAPAT, WHAT KIND OF GLOBE-TROTTER ARE YOU? THE WOMEN ABOUT TOWN DIUNDANG GLAM UNTUK MENYINGKAP MEMORI PENGEMBARAAN MEREKA JUGA BERKONGSI TIP MERENCANA PERCUTIAN TERINDAH.

 

Putri Azalea, Nora Danish, Alia Alizar, Puteri Yasmin, dan Faralisa Adril.
Gambar Aaron Lee/Lenswork Studio

Lokasi penggambaran menjadi tumpuan lima kumpulan wanita dari pelbagai latar belakang juga profesion. Geger studio dibuatnya dengan gelak tawa bersulam canda riang mereka. Menghimpunkan kesemua 19 wanita bukanlah senang. Namun, kesemua mereka mesra sekali didampingi dan mudah diajak bicara. They’re totally enjoying themselves, that’s for sure. Penggambaran bermula seawal sembilan pagi. Himpunan busana musim luruh/sejuk 2016 sedia tergantung menunggu masa untuk digayakan para wanita urban ini. Hari dimulakan dengan kehadiran kumpulan pertama yakni barisan pelakon terkenal tanah air, Cristina Suzanne, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharifah Amani. Kemudian beralih kepada dua kumpulan wanita muda, Aina Syahirah, Bahiah Zulkifli dan Julie Anne Kang. Sementara Yaya Zahir pula hadir bersama teman rapatnya, Fatin Aziz dan Zirra Azim. Sebelah petang pula Putri Azalea dan saudara kembar, Putri Yasmin tampil bersama Nora Danish, Alia Alizar dan Faralisa Adril. Ratu Cantik, peragawati dan aktivis Thanuja Ananthan bersama adinda kembar, Anuja Ananthan dan rakan karib Carey Ng juga Manisha Jagan menutup tirai penggambaran personaliti GLAM hari itu.

 

PUTRI AZALEA “Keluarga dan teman-teman memanggil saya Cho. Saya kini sibuk dengan merencana himpunan koleksi terbaru PU3. I used to travel a lot for work during my fashion week or tradeshows days in Tokyo, Singapore, LA and Paris. Namun, kini masa saya lebih terhad kerana sudah punya anak-anak. Saya cuba untuk bercuti dan berehat jika ada peluang.”

 

See also
GLAM Exposé: Dilema Isteri Apabila Suami Bernafsukan Lelaki Lain

“Sebagai pereka fesyen sudah semestinya saya perlu tampak presentable. Tidak dinafikan saya memilih untuk menyarung pakaian yang selesa, and I must say I love to dress up once I’m in overseas. Memilih gaya kasual, saya suka memadankan top polos bersama seluar denim berserta but. Mungkin memakai topi dan aksesori buat pelengkap gaya juga bersolek lebih daripada biasa.”

 

Sejak kecil lagi Putri Azalea menghimpun memori percutian, baik di samping keluarga mahupun mengembara secara solo. “I will always love Disneyland, always a kid at heart. Tetapi kenangan terbaru adalah ketika di Borgo Santo Pietro dan kota abad pertengahan San Gimignano di Tuscany. Keindahannya sungguh memukau! Dengan panorama landskap yang mengagumkan, sudah tentu terpahat di ingatan sebagai salah satu destinasi yang sarat saat manis romantik.

 

NORA DANISH “Sewaktu di Lombok, perjalanan memakan masa selama tiga jam ke pelabuhan untuk berlepas ke Pulau Gili. Saya perasan sudah tidak ada bot yang boleh dicarter untuk ke Gili kerana hari sudah petang. Kami terpaksa mencari jalan alternatif dengan meminta bantuan penduduk tempatan. Mujur mereka bersetuju untuk membawa ke Gili dengan menaiki sampan lantas dikenakan bayaran yang agak tinggi. Setelah beberapa hari di Gili, saya mengambil keputusan untuk ke Bali pula. So instead of taking a flight, we took a small engine boat to Bali but end up sending us to the black sand somewhere which is about six hours away from Denpasar!” Cerita Nora panjang lebar.

 

“ Berdasarkan pengalaman tersebut tip terbaik saya jangan melancong berseorangan! It’s so dangerous! You can take risk or don’t make any plans because the best yet to come. Jangan melancong sendirian. Sekurang-kurangnya berdua. Destinasi bucket list saya adalah untuk ke Santorini, Greece, bermanja dengan kehangatan pantai Maldives, Harbor Island di Bahamas dan Algarve Caves di Portugal.”

See also
GLAM Profil: Anne Rajasaikaran

 

ALIA ALIZAR Merupakan teman rapat merangkap adik ipar kepada pasangan kembar Putri Azalea dan Putri Yasmin. Alia Alizar mula rapat dengan mereka sewaktu belajar bersama di London.Perencanaan saya hari ini adalah menguruskan perniagaan kecil keluarga dengan membuka hotel butik Nginap di Taipan, Subang Jaya,” kata Alia mengenalkan diri.

 

“Sebagai pelancong saya gemar melawati lokasi-lokasi yang kaya dengan budaya dan warisan. Aktiviti ketika bercuti semestinya ke muzium, monumen atau kuil-kuil purba juga runtuhan bersejarah. Selain itu, saya gemar berjemur di bawah sinaran matahari dan bermalas-malas di tepi kolam renang atau pantai dengan agak lama. Saya suka pasir dan bauan laut dan hembusan bayu. Bagi saya itu terapi! A destination that I would want to call home is London. Banyak kenangan yang terbina di sini. Di London saya berasa selamat berjalan ke sana kemari. Makanan pula tidak pernah menjadi masalah. I brought my husband there for our honeymoon just to bring him to visit my university and all my favorite spots and hopefully one day I’ll bring my daughter.”

 

PUTRI YASMIN Terinspirasi dengan gaya punk, jalanan, edgy, santai dan laid back kala belajar di London, segala-galanya terakam rapi dalam kotak minda kala mereka koleksi buat PU3 dan When Our Eyes Met. “Rekaan saya untuk When Our Eyes Met mencerminkan gaya peribadi saya. Manakala PU3 pula lebih elegan, dewasa dan feminin. Di mana saya keluar dari zon selesa saya lalu menikmati perjalanan cabarannya,” jelas Putri Yasmin mengenai signatur kedua labelnya.

 

“Sebagai seorang pereka, kembara ke luar negara banyak memberi inspirasi kepada saya. Saya seorang pengembara yang suka meneroka lokasi baru yang mana boleh memberikan ketenangan fikiran supaya dapat berehat, membaca juga melukis. Also enjoy a little bit of adventure like cycling, finding new beaches and trekking. Keterujaan itu membawakan keseronokan kala berjalan ke tempat asing lantas dapat mengenali kenalan baru menerusi percutian.”

See also
Urban Decay Bakal Melancarkan Dua Rangkaian Skincare

 

“Mengemas bagasi tidak sukar bagi saya kerana saya light packer. Misalnya kalau ke Eropah, saya pastikan untuk membawa sepasang sneaker, dua jenis jaket, jumpsuit dan dress dari When Our Eyes Met. Saya percaya tatkala bercuti atau sampai ke destinasi mesti ada yang berkenan di hati. I like to play dress up when travel but will make sure the garments that I wear is comfortable for short or long flights.”

 

FARALISA ADRIL Memilih Kepulauan Polinesia Perancis seperti Bora Bora sebagai destinasi bulan madu, Faralisa Adril lebih senang meneroka daripada melawat objek wisata. “I don’t mind to get lost, namun keselesaan kala berada di negara orang itu adalah penting! Tahun 2014 saya berpeluang untuk menikmati atmosfera unik Mykonos. Saya ingin untuk tinggal lebih lama tapi tidak kesampaian. Saya selalu berpesan pada teman yang mahu berliburan di Mykonos agar tinggal lebih lama dan bawalah semua pakaian serba putih! Menelusuri senarai lokasi idaman, saya mahu ke Afrika kerana ingin sekali menyaksikan air terjun di sana. Saya mahu menyaksikan haiwan liar berkeliaran di Zanzibar dan juga mengenali suku kaum mereka yang berbilang banyaknya.”

 

“Malaysia adalah kampung halaman dan rumah buat saya. Namun, jika diberi peluang saya mahu menetap di London. Kepelbagaian budaya di sana, taman-tamannya yang indah, kemudahan pengangkutan awam, kepelbagaian gastronomi dan kualiti kehidupan yang baik menjadi sebab mengapa saya memilih kota tersebut. Apatah lagi saya pernah terserempak dengan Kate Moss semasa membeli barangan runcit. Itu membuat keterujaan saya berganda!”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu September 2016