Thanuja: "Usia Hubungan Saya Dan Seorang Jejaka Kini Mencecah Sembilan Tahun"

Thanuja: “Usia Hubungan Saya Dan Seorang Jejaka Kini Mencecah Sembilan Tahun”

Oleh: Mujahid Saddam
 

Thanuja 3Thanuja dalam GLAM edisi Disember 2015

 
Sering kali bersua di majlis sekitar ibu kota, Thanuja Ananthan senantiasa mengukir senyuman manis di bibir. Ditambah dengan personaliti diri yang cukup ramah dan menyenangkan, figura tinggi lampai ini memikat hati dengan bahasa bibir yang mempesona. Menghiasi wajah hadapan GLAM edisi Disember 2015, ikuti bicara santai bersamanya.
 
1. Bagaimana anda mendefinisikan diri sendiri?
Seorang wanita yang happy-go-lucky.
 
2. Anda tidak boleh meninggalkan rumah tanpa?
Kunci kereta, dompet dan juga air botol kesayangan saya!
 
3. Your guilty pleasure?
Obsesi saya terhadap coklat dan juga cili padi.
 
4. Erti kecantikan pada anda?
Confidence without being arrogant dan sentiasa menunjukkan sifat terpuji. Ianya adalah mengenai sifat perikemanusiaan terhadapĀ setiap insan.
 
5. Ikon fesyen anda?
Tiada individu spesifik. Namun Lauren Bacall, Grace Kelly dan Puteri Diana menjadi rujukan gaya klasik pilihan saya.
 
6. Lagu pilihan?
Premier Gaou oleh Magic System.
 
7. Filem paling diminati?
Mary Poppins, Anne of Green Gables, The Godfather Part 2 dan The Lion King.
 
8. Suatu perkara mengenai anda yang menjadi kejutan ramai?
Saya sedang menjalinkan hubungan bersama seseorang. Usia hubungan kami sudah mencecah sembilan tahun.
 
9. Perkara pelik mengenai anda yang pernah dibaca di internet?
Bahawa saya dan adik kembar, Anuja, pernah menjalani beberapa pembedahan plastik.
 
10. Salah faham terbesar tentang anda?
Personaliti saya yang sering dianggap sebagai seorang yang sombong.
 
11. Memori terindah ketika di sekolah?
Saya dan Anuja bertukar kelas untuk mengelirukan rakan-rakan. Namun akhirnya perbuatan kami disedari guru disiplin kerana didedahkan oleh kawan lelaki kami yang nakal. Akhirnya saya berhujah pada guru tersebut bahawa tidak tercatat di peraturan sekolah yang pasangan kembar tidak boleh bertukar kelas.
 
12. Celebrity crush?
Oh semestinya bintang kacak Pierce Brosnan dan David Gandy.
 
13. Kali terakhir anda menitiskan air mata?
Minggu lalu apabila saya berjaya menyelamatkan seekor kucing yang kekurangan zat makanan. Ianya berada dalam kondisi yang baik sekarang dan bakal tinggal di kediaman yang cukup sempurna.
 
14. Perkara yang menakutkan anda?
Kehilangan orang tersayang dan juga air sejuk yang dalam.
 
15. Buku bacaan terakhir?
Middlemarch: A Study of Provincial Life oleh George Eliot. Ianya merupakan kali ketiga saya membacanya!
 
16. Jika diberi peluang untuk berlakon, watak bagaimana jadi idaman?
Pontianak kerana saya punya rambut yang sesuai dengan karakter tersebut! Juga watak penuh misteri sebagai ejen rahsia.
 
17. Idola anda?
Ibu dan ayah merupakan inspirasi tersebar namun saya juga sentiasa belajar daripada insan yang ditemui sepanjang hidup saya. Dan semestinya Jane Goodall yang cukup hebat dalam memperjuangkan perlindungan haiwan.
 
18. Nasihat terbaik yang pernah diterima?
Saya sering memegang tiga prinsip ini dalam kehidupan; tell the truth and shame the devil, cuba letakkan diri anda dalam kehidupan orang lain dan hembuskan kebaikan dengan kata-kata.
 
19. Nasihat untuk wanita di luar sana?
Sentiasa berpegang teguh pada prinsip anda dan percaya pada diri sendiri. Jangan biarkan anda dibuli!
 

See also
Putera Albert Monaco Positif Coronavirus