Gadis manis ini bukanlah asing kerana pernah beberapa dirakamkan wajahnya untuk pelbagai penerbitan dalam negara. Tampil dalam wajah polosnya saya kagum melihatkan penampilan yang bersahaja namun kekal elegan di sebalik profesionnya sebagai ahli sukan. Sepanjang sesi penggambaran dia tidak kekok memberikan pose menarik juga mencuba gaya berbeza untuk penggambaran ini. Sementara menantikan wajahnya dirias sempat juga saya tanyakan beberapa soalan ringkas buat pemain boling negara ini. Antaranya adalah bagaimana dia melihat perkembangan dunia sukan secara amnya di Malaysia. Pada Afifah dia merasakan sudah banyak perkembangan yang dapat dilihat. Namun dia merasakan masih banyak lagi yang boleh diperbaiki daripada pelbagai aspek. Antaranya adalah pengurusan sukan itu sendiri. Manakala bagi pihak atlet perubahan daripada segi disiplin dan dedikasi serta tanggungjawab terhadap profesion ini mampu memberikan impak yang lebih lagi bagi pencapaian yang lebih tinggi. Biarpun begitu Afifah memilih untuk kekal mengatur jadual hariannya dengan bijak. Usai sesi latihan dia lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga. Jadual latihan yang berlangsung setiap hari kecuali hujung minggu sudah cukup memenatkan jadi hujung minggu didedikasikan bersama ahli keluarga juga teman rapat.