Sharifah Areeqa Kini Isteri Fazziq Muqris, Kenali "The Girl With The Hair" - Glam Malaysia

Sharifah Areeqa Kini Isteri Fazziq Muqris, Kenali “The Girl With The Hair”

Sharifah Areeqa kini melangkah ke fasa baharu hidupnya sebagai isteri kepada Fazziq Muqris. Kenali lebih rapat siapa wanita yang berjaya menawan hati pelakon dan penyampai radio ERA ini.

Sharifah Areeqa atau lebih dikenali sebagai The Girl With The Hair telah mencuri perhatian ramai melalui identiti uniknya iaitu rambut keriting yang semula jadi. Dia tidak hanya menjadi ikon gaya, tetapi juga memberi keyakinan kepada wanita yang memiliki rambut keriting untuk menerima kecantikan semula jadi mereka.

The Girl With The Hair

Dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di Malaysia, Areeqa adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Dengan ketinggian 1.62 meter, rambut keritingnya menjadikan dia sangat mudah dikenali dan memberi identiti tersendiri. Semasa zaman sekolah dan awal kerjayanya, dia mendedahkan pernah dibuli kerana rambutnya. Bagaimanapun, pengalaman itu kemudian mendorongnya untuk menjadi lebih lantang dan memberi inspirasi tentang penerimaan diri.

See also
5 Tanda Badan Anda Konsumi Gula Secara Berlebihan

Sebagai seorang pencipta kandungan, Areeqa sangat aktif berkongsi kehidupan seharian, terutama berkaitan kecantikan berambut keriting. Dia menjadi rujukan ramai gadis muda yang mempunyai rambut sama, dan melalui platform media sosial, dia kongsikan rutin penjagaan, produk yang digunakan, serta nasihat untuk merawat tekstur rambut semula jadi.

Dari segi personaliti, Areeqa digambarkan sebagai seorang yang berani dan ceria. Dalam soal percintaan pula, Areeqa menjelaskan dia suka lelaki yang tenang, penyayang dan juga mempunyai sense of humor iaitu seseorang yang mampu membuatnya ketawa.

Tentu sahaja, menjadi figura awam datang dengan cabarannya. Areeqa pernah berkongsi pengalamannya menghadapi seorang stalker yang obses dengannya sehingga perlu membuat laporan polis. Walaupun begitu, dia tetap tegas dalam menjaga batasan dan privasi.

Dalam majlis pernikahannya dengan pelakon dan penyampai radio ERA, Fazziq Muqris yang berlangsung pada 22 November 2025, Areeqa tampil anggun menggayakan gaun berwarna perak lembut yang menyerlahkan identiti fesyennya mencuri tumpuan warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fazziq Muqris (@fazziqmuqris)

Sharifah Areeqa bukan sekadar seorang pempengaruh fesyen dan kecantikan, malah dia adalah simbol wanita yang kuat dan berani. Dari rambut keriting yang pernah menjadi sebab dibuli, dia bangkit menjadi suara inspirasi yang menyokong penerimaan diri. Keberaniannya untuk berkongsi bukan sahaja membentuk identiti peribadi tetapi memberi kesan positif kepada ramai orang di media sosial.

See also
The New Starlets

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.