Sembang Raya Bersama Nadiya Nisaa

Sembang Raya Bersama Nadiya Nisaa

NadiyaNisaa
 
Perbezaan Ramadan kali ini dan sebelumnya?
Saya memang sudah merancang sedari awal lagi untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penggambaran pada bulan Ramadan ini. Setelah tiga tahun Ramadan dihabiskan di set penggambaran, bulan mulia kali ini digunakan untuk bersama keluarga serta tarawikh bersama. Dan juga kerana ada masa terluang, saya dan ibu memang sudah merancang untuk tidak ke bazaar Ramadan. Misi kami adalah untuk masak juadah berbuka yang mengandungi lauk juga sejenis kuih. Ianya turut memberi peluang untuk saya duduk di dapur dan belajar memasak. Antara kuih yang saya buat adalah seperti kuih keria, Kuih Buah Melaka dan Karipap.
 
Persiapan menjelang Lebaran?
Oleh kerana tidak terikat dengan jadual penggambaran, saya dapat menyediakan kesemuanya lebih awal. Segalanya telah selesai dua minggu sebelum Raya. Saya juga sempat membeli ceraian dari Alia B dan untuk kepuasan diri, saya menempah dua persalinan batik. Keluarga  juga tidak pernah mengikut tema warna tetapi tahun ini kami merancang untuk mengenakan batik.
 
Sambutan Raya pertama di mana?
Seperti biasa kami akan pulang ke rumah keluarga suami dahulu. Keluarga saya menetap di Kuala Lumpur tetapi kami juga punya sanak-saudara di belah Utara.
 
 

See also
Rahsia Almari Siti Saleha