Anak gadis kepada supermodel Cindy Crawford dan pengusaha minuman keras Rende Gerber, Kaia Gerber mula dikenali kerana rupanya persis ibunya yang terkenal itu. Namanya terus melonjak naik sejurus selepas dia mencecah usia 16 tahun awal September tahun ini untuk menyertai Minggu Fesyen New York. Memulakan kerjayanya sebagai seorang model di atas pentas Calvin Klein sebelum mengembangkan sayapnya dengan Marc Jacobs, Fendi, Prada, Yves Saint Laurent, dan Chanel!