Tersenarai sebagai salah seorang model IMG Models, Sistine Stallone, anak kepada pelakon Sylvester Stallone dan model Jennifer Flavin, juga telah menempa namanya sendiri dalam industri fesyen melalui penampilna dalam majalah seperti Harper’s Bazaar, Vogue Italia, Self Service, Teen Vogue, Vogue Korea, dan Glamour UK. Selain itu dia jug apernah membintangi kempen Dolce & Gabbana dan juga LOVE Advent Calendar untuk 2016 dan 2017.