Rozita Ajmain - Lambang Wanita Korporat Malaysia

Rozita Ajmain – Lambang Wanita Korporat Malaysia

Rozita Ajmain
 
“It was something very different! Saya perlu berpasangan bersama seorang model lelaki terkenal iaitu, Ikhwan. He was helpful as I’m no model.” Seloroh Rozita Ajmain, gadis penghias muka depan GLAM Februari ini. Itulah kali pertama mereka ditemukan. “I hope I didn’t bored him to death while shooting. Maklumlah hari ini adalah kali pertama kami bersua dan melihat gayanya yang bersahaja di hadapan lensa membuat saya kaku takut tersalah gaya,” kongsi Rozita tentang pengambaran muka depan yang berlangsung di White Studio hari ini. “It was very interesting as we had to do the shoot on a motorcycle. Ini benar-benar baru bagi saya. Bukan mudah walaupun kerap dipanggil memenuhi dada majalah namun modeling bukan kerjaya saya. Jadi, sikap amatur itu sering menjadi limitasi dalam menggayakan sesuatu gaya. Apatah lagi beraksi bersama sebuah motor besar. Tidak pernah saya berpengalaman sebegini. Saya tidak pernah menggayakan rambut saya sebegini, namun mencuba sesuatu yang baru tidak salah, and I always like changes.” Ujar gadis yang berperwatakan bold dan daring ini.
 
Rozita hadir bersama baju-T oversize KTZ dan denim pendek daripada Zara berbalas tas tangan Peekaboo daripada Fendi dan melayang sepatu daripada Paloma Barcelo cukup bersahaja namun seperti biasa, siapa yang mengenalinya, pasti sudah boleh meramal bahawa dia memang seorang yang mempunyai selera fesyen yang tinggi. Maka, setiap kali kala di majlis-majlis atau di mana sahaja, dia pasti dilihat bergaya tidak kira apa jua acaranya! Tidak gemar melabel diri mempunyai stail yang satu, katanya, “My style changes. Biasanya ia bergantung kepada mood dan stail fesyen terkini. Most of the time, it has to be comfortable. Saya gemar mengenakan sepasang jeans denim beserta baju-T, atau seluar pendek atau skirt juga sweatshirt dan dress.” Patutlah tidak kira apa jua acara yang dihadirinya, walau apa jua busana yang digaya, dia tetap sentiasa “in” dan menawan sekali. Bijak mengenakan padanan dari hujung rambut ke kaki beserta aksesori pilihan sebagai pelengkap gaya. “What’s important for me are good shoes. It’s a must! Dan sejak akhir-akhir ini saya mulai obses menggayakan aksesori topi sebagai menambah gaya harian. It is such a savior for a bad hair day and gives you a different look instantly.”
 

See also
Pertunjukan Fesyen Rimowa Di Pavilion

[soliloquy id="40897"]

Bila disoal tentang jenama kegemaran pilihannya, dia seakan ragu-ragu mahu menjawab, “Too many. Tidak adil meninggalkan mana-mana pilihan jenama kesukaan saya. Too many to mention.” Begitulah sukarnya wanita ini untuk memilih jenama fesyen terbaik menjadi miliknya kerana dia memiliki hampir semua jenama mewah dan menggemari fesyen sedari dulu dan terlalu banyak jenama pilihan yang mahu disebutkannya. “It’s fascinating to see how style can change the whole perception of a person. Satu penataan gaya yang menarik mampu menukar gaya seseorang itu menjadi elegan, polished, tasteful dan menarik, juga boleh menjadi sebaliknya. Sometimes it is almost deceiving,” berkenaan pendapatnya tentang stail dan bagaimana sesuatu gaya itu boleh membuat anda tampak tinggi, rendah, langsing dan berisi daripada gaya sebenar anda. It’s very interesting!
 
Bila ada kelapangan, kata Rozita, “Saya suka menonton filem dan siri TV antaranya Power, House Of Cards dan Scandal dan saya boleh menonton habis seluruh musim siri TV dan DVD dalam satu hari. Kadang-kala habis filem baru saya tonton and I guess movies cannot catch up with me.” Seloroh Rozita tertawa. “Saya juga gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan juga teman-teman rapat. Saya tidak punya ramai teman, yang ada bersama dengan saya yang rapat-rapat sahaja. They are my great support system,” cerita Rozita yang gemar menghabiskan masa dan splurge dengan makan malam panjang bersama teman-teman rapat dan keluarga.
 
KERJAYA DAN CINTA Kerjaya Rozita Ajmain sebagai pengarah syarikat pengurusan hartanah, Victoria Capital tidak memerlukan dia berada di pejabat setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. “Kerjaya saya memberi saya peluang untuk menghabiskan separuh daripada masa saya di Kota Kinabalu dan separuh masa lagi di Kuala Lumpur. Ia memberikan saya peluang berkenalan dengan beberapa rakan-rakan baru di kedua-dua bandar.”
 
Seperti yang selalu diingatkan pada dirinya, intimidasi juga double standard berlaku di mana-mana. Ia memang suatu yang tidak dapat dinafikan. Tetapi secara peribadi Rozita berpendapat, “Dalam era ini kebanyakan manusia sudah mula mengiktiraf keupayaan wanita hari ini. There are tons of women today who can equal what men can, if not better.” Katanya lagi, “Saya sangat bernasib baik, jarang sekali saya berhadapan dengan isu-isu double standard dalam hidup saya. Jika ada mana-mana pelanggan lebih suka berurusan dengan kakitangan lelaki dan bukannya perempuan, saya sering melihatnya sebagai satu keperluan dan kehendak pelanggan itu sendiri.” Rozita ada berpesan walau dalam industri mana sekalipun, wanita perlu berfikiran terbuka dan lebih bijak dalam menangani apa jua keadaan. Sentiasa ada cara lain untuk melihat dan menyelesaikan sesuatu perkara. Life is simple but we always insist on making it difficult.
 
Dia yang gemar menonton filem cinta berkongsi, “Tidak salah sekiranya anda menangis kala menonton cerita cinta sedih.” Apa pula Bercakap mengenai cinta, Rozita mengangkat maksud cinta dengan menanam falsafah cinta ini di dalam diri, “Cinta adalah kala anda memahami, menyokong, mempercayai dan mencintai seseorang tanpa kondisi. Untuk berkata maaf walaupun anda tidak bersalah dan belajar untuk melepaskan perkara-perkara tertentu bila ada yang lebih penting. Love is when you know you are happy.” Begitu mendalam sekali erti cinta buat si wanita berkarisma ini. Dia juga merasakan bahawa apa yang dihujahkan Khalil Gibran adalah suatu yang tepat bila melibatkan soal cinta yakni, “If you love somebody, let them go, for if they return, they were always yours. If they don’t, they never were.” Tambahnya lagi, “Saya belum lagi smpai ke tahap itu namun saya sentiasa mahu mengenali apa ertinya dan mahu mengenalinya sendiri. The greatest love.”
 
Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun clanhouseonline.com
Gambar: Bustamam Mokhtar White Studio
Penyelaras: Aizat Aidid
 
*Dipetik dari GLAM edisi Februari 2015
 
 

See also
Eva Celia dari Jakarta, ‘GIRL-CRUSH’ Baru GLAM!