"Know your worth, and go for it!" - Raja Jesrina Arshad

“Know your worth, and go for it!” – Raja Jesrina Arshad

Oleh: Mujahid Saddam
 

Jesrina ArshadJesrina Arshad dalam GLAM edisi Julai 2015.

 
Pengasas kepada empayar Purely B.com ini cukup sibuk dalam visinya mendidik rakyat Malaysia serta di rantau Asia untuk menjalani gaya hidup sihat. GLAM sempat mencuri sedikit masanya untuk temu bual santai.
 
Bagaimana anda mendefinisikan diri anda?
Seorang yang idealistik dan optimistik dan sering melihat ke arah positif dalam kehidupan.
 
Tidak boleh meninggalkan rumah tanpa?
Komputer riba. Kedengaran sedih tetapi ianya adalah benar, kerja adalah minat serta sebahagian dari kehidupan saya oleh itu saya membawanya ke mana sahaja!
 
Your guilty pleasure?
Desserts, saya tidak boleh hidup tanpanya! Tapi kini saya hanya mengambil pencuci mulut sihat yang diperbuat daripada bahan semula jadi serta gula yang ditapis. Ianya lebih sesuai untuk dinikmati.
 
Kecantikan pada anda?
Keyakinan serta kepercayaan diri. Rupa luaran tidak penting sebaliknya jika anda merasa selesa dan konfiden, kecantikan akan terpancar dari dalaman.
 
Ikon fesyen?
Olivia Palermo. Sarungkan apa sahaja dan dia akan tetap tampil chic dan elegan.
 
Lagu terkini yang diminati?
Nathalie La Rose – Somebody.
 
Filem kegemaran?
Antara Braveheart dan Clueless, bergantung kepada mood saya. Braveheart adalah sebuah kisah epik yang cukup menyentuh perasaan. Saya sukakan sisi sejarah yang ditonjolkan dan masih ingat menontonnya beberapa kali sewaktu muda. Clueless pula adalah sebuah filem coming-of-age yang cukup menyeronokkan dan diangkat sebagai filem klasik remaja ketika itu. Saya hampir menghafal kesemua skripnya dahulu!
 
Pilihan anda jika diberi peluang untuk menjadi karakter filem?
Elizabeth Bennet dalam filem Pride & Prejudice kerana saya memang meminati genre filem sebegini dan ianya antara filem kegemaran. Karakter Lizzie (Elizabeth) sememangnya dikagumi dan mencerminkan wanita tabah.
 
Satu perkara tentang anda yang mengejutkan ramai.
Saya seorang tech geek! Namun bukanlah seorang pakar. Karier saya bermula daripada programming dan pengkodan dalam membangun laman web. Sekarang saya beralih kepada arena bisnes dan strategi namun minat terhadap dunia digital tidak pernah padam.
 
Kenangan paling menyeronokkan di bangku sekolah.
Malam prom adalah yang paling dikenang dan emosi untuk semua yang terlibat. Saya serta teman rapat turut menyusun koreografi tari bersama 14 teman lain untuk memberi kejutan pada kelas graduasi kami. Kami menari diiringi lagu Rockafeller Skank oleh FatboySlim dan ianya sungguh menyeronokkan!
 
Kali terakhir anda menitiskan air mata. Kenapa?
April lalu sewaktu nenek kepada suami meninggal dunia. Ianya cukup emosi buat kami kerana arwah merupakan tunjang kepada keluarga.
 
Apa yang menakutkan anda?
Sejujurnya, lebah dan tebuan. Serta kehilangan orang tersayang.
 
Buku terakhir yang dibaca?
The Lean Startup by Eric Ries.
 
Idola dalam hidup?
Ayahanda saya. Dia sememangnya merupakan sumber inspirasi dan saya benar-benar kagum akan segala yang dicapainya.
 
Jika anda mempunyai kuasa untuk mengubah dunia, apakah ia?
Untuk mengakhiri sikap mementingkan diri manusia, dimana mereka berupaya untuk melihat diri sendiri dalam kehidupan orang lain agar saling memahami. Kepentingan diri mengakibatkan kebencian, diskriminasi, kekejaman serta banyak lagi yang menjadi sumber kepada masalah yang berlaku di dunia hari ini.
 
Nasihat terbaik pernah anda terima?
Don’t settle for anything less than your worth or what you desire.
 
Nasihat untuk wanita di luar sana?
Know your worth, and go for it! Tidak kira jika ianya merupakan industri yang didominasi lelaki. Jika anda tidak menonjolkan diri untuk dilihat, didengar serta diiktiraf, orang tidak akan sedar betapa berharganya diri anda.
 
Seandainya sebuah filem biopik Jesrina Arshad dihasilkan, aktres piilihan untuk membawa watak anda?
Rachel McAdams, walau wajah kami berbeza namun dia punya bakat hebat dan boleh bermain dengan pelbagai karakter yang membuat penonton percaya akan lakonannya.
 
Suatu perkara yang anda inginkan jawapan…
Bolehkah seorang wanita mencapai segala-galanya? Keseimbangan antara kehidupan dalam membesarkan keluarga namun masih mampu untuk mencapai impian kerjaya? Ianya adalah sesuatu yang ingin saya capai kelak.
 

See also
Izrin Ismail, Fashion Boss