Pewaris Taktha Diraja Junior Serata Dunia Anda Harus Kenali

Pewaris Takhta Diraja Paling Muda Di Dunia

Apabila perihal anak-anak muda kerabat di raja dibincangkan, Putera George dan Puteri Charlotte sering menjadi topik perbualan ramai menobatkan mereka sebagai kerabat di raja muda yang paling popular di dunia. Namun Putera George dan Puteri Charlotte bukanlah satu-satunya pasangan adik-beradik kerabat yang fashionable dan juga pewaris kepada takhta monarki mereka.

 

Bagaimana kita boleh tidak mengambil endah pasangan cahaya mata Raja Felipe VI dan Ratu Letizia dari Sepanyol, Puteri Leonor dan Sofia? Atau Putera Moulay El Hassan dari Maghribi?

 

Jadi GLAM menyenaraikan pewaris-pewaris takhta monarki dari seluruh dunia.

3 of 11

Putera Christian, Putera Denmark

YM Putera Christian (Christian Valdemar Henri John) merupakan cahaya mata kepada YTM Putera Mahkota Denmark, Putera Fredrick dan Puteri Mahkota Mary. Membuatkan Putera Christian pewaris kedua untuk taktha Denmark yang kini diperintah oleh nendanya, Ratu Margrethe II. Putera Christian juga mempunyai tiga orang lagi adinda: Puteri Isabella serta pasangan kembar Putera Vincent dan Puteri Josephine.