Selepas hampir dua tahun bersama, penyanyi popular Ariana Grande dan rapper Mac Miller membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka akibat kesibukan jadual masing-masing. Selepas perpisahan mereka itu Grande berkongsikan melalui IG Story bahawa mereka berdua masih mengekalkan hubungan yang positif antara satu sama lain.