Dalam tempoh lima bulan mereka bersama, Ariana Grande dan Pete Davidson telah mencuit dan menangkap hati peminat dan pihak umum dengan hubungan mereka yang tampak gembira dan carefree. Namun kini mereka telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan. Walaupun tidak lagi berhubung secara romantik mereka dikatakan masih lagi mempunyai kasih dan sayang terhadap satu sama lain.