Neelofa yang semakin mencipta nama selepas dijemput menghadiri Minggu Fesyen Milan, sekali lagi menjadi perhatian apabila berkesempatan untuk disolek oleh jurusolek selebriti terkenal, Patrick Ta. Patrick menyolek wajah Neelofa bersempena acara fesyen Musim Luruh/Sejuk Louis Vuitton 2020 yang diadakan di Paris, Perancis. Bagi yang tidak mengenali siapa jurusolek handalan itu, perlu anda tahu Patrick Ta menjadi kegilaan ramai malah pernah menyolek wajah-wajah antarabangsa seperti supermodel Gigi Hadid, Camila Cabello, Shay Mitchell, Olivia Munn dan ramai lagi.
Ujar Neelofa lagi, “Gaya solekan Patrick sangat glamor, namun masih mengekalkan elemen minimalis. Saya rasa, ia selari dengan trend mekap di pentas peragaan tahun 2020.”
Mempunyai seramai 1.8 juta pengikut di laman Instagram, Patrick cukup dikenali dalam industri rias dan kecantikan. Sedikit informasi tentang Patrick, lahir di Amerika Syarikat hasil perkahwinan ibu bapa mereka yang berasal dari Vietnam. Menurut sumber, Patrick yang berumur 28 tahun juga dahulunya pernah dibuli dek minatnya dalam bidang solekan.