Puteri Aishah, 24, wanita muda ini berlangkah kanan dalam dunia seni seni. Biarpun dia masih hijau dalam dunia lakonan, gelanggang dunia ini seakan membuka pintu luas kepadanya. Berderu-deru tawaran diterima bekas finalis top 10 dewi remaja ini. Tahun ini juga merupakan tahun bertuah pada dirinya apabila diberi peluang memegang watak utama dalam filem ‘Pulang’. Dia berdiri setanding dengan pelakon A list tanah air yakni Remy Ishak yang merupakan hero kepada filem ‘Pulang’. “Alhamdulillah saya anggap ini rezeki buat saya. Jujurnya filem ini sudah menjalankan penggambarannya dua tahun lepas dan macam mimpi akhirnya ia ditayangkan di pawagam.” Pelajar Diploma jurusan Diploma Tesl ini juga bakal memulakan perniagaannya tetapi buat masa ini masih dirahsiakan lagi dan akan mengumumkan apabila tiba waktu yang tepat. Menyentuh kisah cinta dia hanya menguncikan mulutnya tetapi dapat riak wajahnya seakan merakam gelora cinta yang membahagiakan dirinya. Puteri akui tahun ini juga adalah tahun dugaan buatnya kerana ibunya disahkan menghidap kanser peringkat empat tetapi dia mengambil pendekatan positif untuk terus menghulurkan semangat pada ibu.