Most GLAM 2018: Jenn Low

Most GLAM 2018: Jenn Low

Gambar Chuan Looi

Jenn Low, 34, Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat Wanderlust + Co, tidak dapat disangkal lagi kejayaannya apabila produk aksesorinya menembusi pasaran antarabangsa. Jenn sangat teruja apabila pada 2018 perniagaannya secara offline dan online berkembang sebanyak tujuh kali ganda. “Saya benar-benar bersyukur bisnes saya berkembang pesat pada tahun ini, and we also have pop up stores all across Asia.” Kini dia sibuk untuk persiapan kempen ‘Together We Love’ untuk memberi kesedaran kepada masyarakat menerima dan meraikan setiap kelainan pada setiap individu tanpa perlu menghakimi. Kempen ini dijangkakan berjalan sewaktu musim Hari Natal ini. Jenn juga turut mengakui kehadiran anak sulungnya menjadi penyeri hidup mereka sekeluarga. Dia percaya cara didikan ibu bapa pada era millenial adalah untuk memberi sokongan ke atas apa jua kecenderungan anak tanpa memaksa mereka untuk berbuat perkara yang mereka tidak minat. Apa yang penting anak perlu diberitahu apa kekuatan dan kelemahan mereka sebagai garisan panduan untuk berjaya dalam hidup.

See also
Rahsia Almari Scha Alyahya