Menyelami Fenomena Style Influencers: Amelia, Jane, Aisyah, Aishah

Menyelami Fenomena Style Influencers: Amelia Henderson, Jane Chuck, Aisyah Aziz, Puteri Aishah

Empat jelitawan berbilang karakter dan latar belakang menghiasi edisi april yang bernadikan HIPPIE CHIC. Memiliki  pengikut yang ramai di laman sosial, setiap satunya dipilih kerana mereka punya pengaruh stail yang tersendiri.

 

Mendekati empat wanita ini tidaklah susah. Kesemuanya cukup senang sekali dalam memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama waktu hari penggambaran. Barisan wanita muda dimulakan dengan blogger dan DJ, Jane Chuck lalu beralih kepada finalis pencarian Dewi Remaja merangkap bakat baru dunia hiburan tempatan, Puteri Aishah. Kemudian giliran YM Che Puan Putri Noor Amelia Thripura Henderson yang telah mula berlakon sebagai pelakon iklan sedari usia setahun lagi. Terakhir, peserta Akademi Fantasia musim ke-10 iaitu penyanyi asal Singapura, Aisyah Aziz.

 

AMELIA HENDERSON Orangnya manis dengan personaliti menawan. Perwatakannya yang riang membuatkan dia mudah didekati. Gadis kacukan India dan Scottish daripada sebelah bapanya ini sudah melangsungkan pernikahan pada 29 Ogos tahun lalu. Putri Noor Amelia Thripura Henderson Binti Abdullah memeluk Islam dan selamat diijabkabulkan bersama pasangan Tunku Harunnarasheed Putra, anakanda kepada Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna. Ini bukanlah pertama kali kami bekerja sekali, kali pertama adalah sebagai salah seorang personaliti Most GLAM tahun 2014. “Saya sudah mula bekerja dalam bidang peragaan sejak usia 10 bulan lagi. waktu itu untuk iklan Mothercare dan kemudian mendapat kontrak bersama Nestle bagi produk susu bayi. Biarpun kontrak adalah selama dua tahun tapi kami terpaksa berpindah ke Greece untuk beberapa tahun atas tuntutan kerja ayah sebagai seorang arkitek. Mendapat didikan di sekolah Sri Cempaka di peringkat rendah dan kemudiannya ke Sekolah Alice Smith, Seri Kembangan untuk peringkat menengah. Akan tetapi selepas itu saya belajar secara homeschooling because I couldn’t keep up. Ini kerana saya sudah mula bekerja sebagai pelakon kanak-kanak juga menghadiri kelas balet,” beritahu Amelia mengenai dirinya.

 

“Saya mula bekerja sejak kecil lagi dan saya menyukainya. Terus terang saya katakan, kesemua himpunan beg atau kasut jenama mewah adalah hasil titik peluh saya. Apabila saya melihat komen-komen negatif di laman sosial menyatakan saya beruntung bersuamikan kerabat dan boleh bergaya mewah itu adalah tidak benar sama sekali.” Saya mengangguk setuju, mengenali dirinya saya percaya dia seorang yang bekerja keras! “Ibu saya doktor gigi dan dia bekerja keras membesarkan kami. Saya turut mahu membantunya. Menghadiri kelas balet sejak usia tiga tahun sedikit sebanyak membentuk keperibadian diri dan menjadikan saya lebih berdisplin. Ibu juga menghantar saya ke kelas lakonan. Balet itu sendiri adalah kesempurnaan bukan kerana saya sebagai penari mahukan yang terbaik. Tetapi kesempurnaan itu adalah dituntut. Pada usia 13 saya memenangi pertandingan dan mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di sekolah balet di Australia. Ia lebih kepada summer school
dan saya boleh melanjutkan ke peringkat seterusnya tapi memilih untuk pulang ke Malaysia.”

See also
GLAM Profil: Lim Wei-Ling

 

Amelia juga adalah antara barisan pelakon yang membintangi filem Talentime arahan Yasmin Ahmad. Berbicara mengenai Arwah Yasmin, memori yang terbina bersama sutradara itu masih segar di ingatannya biarpun Amelia masih kecil waktu itu. “Kami semua rindukan arwah Yasmin Ahmad. Sewaktu penggambaran filem di Ipoh, ibu memberi sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menjaga saya. Kami seperti sebuah keluarga bahagia tanpa mengira latar belakang dan agama. Hasil dan usahanya dalam membangunkan layar perak tempatan juga mengubah mentaliti rakyat akan senantiasa dikenang,” kata Amelia pilu lalu menutup bicaranya.

 

AISYAH AZIZ Aisyah merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Berasal dari Singapura, kini Aisyah lebih selesa menetap di Kuala Lumpur memandangkan kariernya sebagai penyanyi berputik di sini. Lagu debut nyanyiannya berjudul Mimpi adalah hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Faizal Tahir. Mula dikenali peminat tempatan menerusi program nyanyian Akademi Fantasia untuk Musim ke-10. “I just love music and performing! Sejak di bangku sekolah rendah lagi, hanya muka saya saja yang tidak pernah penat membuat persembahan. Bukan sahaja rakan-rakan, malah guru-guru di sekolah pun sedar akan perkara ini. Saya berjaya mengharungi cabaran sampai di tempat keenam. Namun, ia tidak pernah menyekat mahupun menghalang saya untuk bergiat dalam dunia seni suara. Saya punya minat yang mendalam dan mula menyanyi sejak usia sembilan lagi. Kala mendengar lagu berkumandang di corong radio, saya cepat menangkap terus menghafal melodi atau seni katanya sekali. Bermula daripada ayah dengan ritma rock kapak, pendedahan terarah kepada lagu Melayu seperti dendangan kumpulan Spring dan sebagainya. Namun, ia berubah daripada masa ke semasa,” tutur Aisyah.

 

Tamat belajar di peringkat diploma, Aisyah mengorak langkah dengan rancangan yang sudah diatur kemas. “Keluarga kami kecil. Hanya tiga beradik termasuk saya. Abang yang pertama dan saya punya kembar seiras yang mana dia merupakan pendorong utama saya. Saya tahu, ramai yang memilih untuk menjauhkan diri daripada kakak atau adik perempuan mereka. But we’re crazily attached! She’s my other half and my soulmate. Tiada rahsia antara kami. Walaupun kami kembar seiras, kecenderungan kami ternyata berbeza sekali. She’s the brains of the family, manakala saya dan Aliff lebih senang melayari dunia seni. Mendengar akan cerita ibu kala berkhidmat sebagai pramugari saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan kerana ingin menjadi sepertinya. Saya tidak pernah menyangka untuk bergelar penyanyi kerana muzik adalah minat saya tetapi bukannya cita-cita. So then, my practical ambition was to become a stewardess. Being a singer is more of a dream. I had it all planned out, pensyarah menolong saya memandang mereka lebih arif, sehingga saya menghadiri uji bakat Akedemi Fantasia. From there, everything changed.”

 

“To be honest, joining AF wasn’t my idea, kerana saya punya isu dengan keyakinan diri. Biarpun saya banyak membuat persembahan waktu di sekolah dan juga punya abang seorang penghibur yang cukup berbakat. Awalnya saya tidak melihat itu sebagai sesuatu yang mendatangkan kesenangan kerana jauh di sudut hati, saya percaya mesti ada yang akan membandingkan kami berdua. Sewaktu di AF terus terang saya katakan saya tidaklah sekuat mana memandangkan saya keseorangan. Tetapi minda menjadi lebih positif dengan sokongan dan nasihat keluarga serta tunjuk ajar Aliff. Genre yang saya perjuangkan terarah kepada folk atau balada. Mewarnakan rambut ini adalah antara strategi saya di dalam memperkenalkan identiti muzik yang ingin saya sampaikan,” cerita Aisyah yakin.

See also
Most GLAM 2018: Jenn Low

 

JANE CHUCK Selesai penggambaran Jane meminta diri kerana ada sesi sound check yang harus dihadiri kerana malam nanti dia punya gig untuk acara fesyen di ibu kota. Hampir kesemua warga fesyen tempatan mengenali wanita ini. Sering dilihat di acara-acara fesyen, dia juga adalah seorang DJ. “I was brought up in a fashion-based family. Ayah memiliki perniagaan pembuatan pakaian sejak saya lahir lagi. Kerana itu, fesyen senantiasa bertakhta di hati. Yang paling ironinya, saya memasang angan-angan untuk menjadi seorang peragawati hanya kerana ingin menyarungkan helaian-helaian dress yang indah,” kata Jane memberi pengenalan diri.

 

Dia belajar dan meniti selok-belok dunia fesyen atas bantuan ibu. Sejak di bangku sekolah rendah lagi Jane Chuck sudah didedahkan secara berperingkat mengenai asal usul jenama fesyen yang sedia ada di pasaran. “Bagaimana saya mula menulis blog? Pada mulanya ia bukanlah serius seperti saat ini. Nukilannya lebih kepada bicara sebuah diari. I’ve changed a few blogging platforms since I was 14. Dan kemudian menetapkan laman sesawang sendiri yakni www.chuckei.com kala usia 17 tahun. Sejujurnya I wasn’t really inspired by anyone when I first started my diary blog, akan tetapi saya membaca banyak blog sebagai sumber rujukan dan yang boleh memberi inspirasi menerusi kandungan bahannya.”

 

Kala umurnya menginjak 24 tahun dia beralih tumpuan dengan mencuba bidang yang lain. “Selain menulis blog, dan pencinta fesyen, saya juga seorang DJ. Jika ditekuni, muzik sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam apa jua konteks. Lebih-lebih lagi arena fesyen. Hubungan antara satu sama lain adalah akrab. Bayangkan jika tiada muzik, mungkin tiada ritma yang menemani pementasan fesyen. Daripada situ saya menanam minat dan memulakan perjalanan muzik saya. It was pretty random how it all started. A friend who offered to teach me how to DJ and it just happened! Saya suka berkongsi good music with people, jika anda faham maksud saya. Saya juga berasa amat gembira bila orang lain menghargai muzik yang saya perjuangkan. Muzik saya terarah ke genre deep house namun pilihan peribadi saya adalah meluas. Hip-hop and R&B for sure is on my list!”

 

Pada usia yang muda, saya akui Jane cukup berwawasan orangnya. Young and truly ambitious. Kini dia membuka cafe di SS15 Subang Jaya. “Project Space Coffee is a hub for coffee and music lovers. Projek ini adalah hasil sama dengan Daphne. Selain media sosial, untuk perencanaan masa hadapan semestinya yang berkaitan dengan makanan! Jika tidak sibuk, saya akan berada di cafe membuat kopi untuk pelanggan. Oleh itu, pakaian yang saya sarungkan harus selesa dan gaya harian saya adalah kasual dengan sedikit chic. I’m a very casual person who wears a lot of sneakers.”

See also
Malaysian Heroes! Visi Vivy Yusof Perangi Covid-19

 

PUTERI AISHAH Si jelita yang bertuah memiliki kulit halus mulus, Puteri Aishah Binti Sulaiman merupakan salah seorang finalis Pencarian Dewi Remaja sesi 2014/2015. Identitinya sebagai guru sementara di sekolah awam sekitar Kuala Lumpur dibualkan hangat menerusi laman siber. Dia sebenarnya bukan guru sementara tetapi kala itu sedang menjalani latihan praktikal bagi memenuhi jurusan Teaching of English As a Second Language (TESL). “Saya dilahirkan di Johor dan membesar di Negeri Sembilan. Tamat sekolah menengah saya menyambung pelajaran di Kolej Poly-Tech MARA mengambil jurusan TESL. Mengenai isu guru sementara dan surat cinta yang dikaitkan, info yang digembar-gemburkan adalah sama sekali tidak benar. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar praktikal dan bukannya guru sementara,” ujar Puteri Aishah yang selesa disapa Puteri.

 

Anak kedua daripada empat beradik ini belum lagi memutuskan arah tuju masa depannya samada memilih bidang hiburan ataupun menjadi pensyarah. “Sejujurnya, saya belum memutuskan perencanaan masa depan lagi memandangkan saya baru menamatkan pengajian. Dewi Remaja adalah platform dalam membina nama saya di bidang hiburan tempatan. Saya menyertai program pencarian ini waktu bergelar pelajar dan sememangnya tidak menyangka untuk mengorak langkah dalam arena hiburan. Sewaktu program tersebut, kami diberikan tugasan dengan tujuan untuk menunjukkan bakat masing-masing. Berlakon terus menerpa benak fikiran. Saya meminati bidang lakonan. Sewaktu dinilai, Datuk Rosyam Nor berkata saya memiliki potensi tetapi harus diasah lagi bakatnya. Berkat usaha dan pertolongan abang Megat, saya menghadiri kelas lakonan dengan ibu Fauziah Nawi, to tighten up my acting skills.”

 

Mendapat sokongan penuh kedua ibu bapanya, Puteri berkata, “Ayah dan ibu tidak takut untuk melepaskan saya asalkan saya tahu batas dan pandai menjaga diri. Saya menggemari lakonan Lisa Surihani. Dia inspirasi saya jika mahu dipilih barisan pelakon tempatan. Idola luar pula adalah Johnny Depp kerana bagi saya dia sangat versatil. I really want to be like him, tetapi dalam versi perempuan. Saya tahu saya masih terlalu mentah dan banyak lagi yang perlu dipelajari baik teknik lakonan mahupun di belakang tabir,” tambah Puteri.

 

Seperti yang dikatakan pada awalnya, gadis ini beruntung dilahirkan dengan kulit yang mulus. Buktinya dia dipilih menjadi wajah baru untuk Garnier. Apakah rahsia dan rejim kecantikan Puteri? “Tiada apa yang istimewa. Mungkin faktor keturunan. But I really make sure that my body is clean before heading to bed. Muka harus bebas daripada sebarang mekap hatta secalit celak di mata. Pastikan ia betul-betul bersih kerana waktu tidur adalah satu-satunya masa untuk kulit dan sistem badan berehat,” terang Puteri serius.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu April 2016