Meghan Markle Bicara Kesukaran Menjadi Royal Mum - Glam Malaysia

Meghan Markle Bicara Kesukaran Menjadi Royal Mum

Meghan Markle mengakui bahawa beliau sukar menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan mengakui bahawa beliau tidak ‘OK’ dalam temu bual mengenai peranan barunya sebagai royal mum yang dijalankan oleh ITV, Harry & Meghan: An Africa Journey.

Duchess of Sussex itu bercakap dalam satu klip previu disebalik tabir rancangan dokumentari itu, mengatakan bahawa tahun lalu adalah tahun paling mencabar buatnya. Program dokumentari ini  mengikuti Meghan, suaminya Putera Harry, dan baby Archie selama 10 hari dalam perjalanan pasangan diraja ini melawat Afrika. 

Kredit: DepositPhotos

Dalam one-to-one interview bersama Tom Bradby dari ITV, Meghan ditanya mengenai tekanan hidup yang dihadapi menjadi tumpuan dan bagaimana ia memberi kesan kepada beliau. Meghan menjawab bahawa mana-mana wanita terutamanya ketika mereka hamil berada dalam kondisi lemah dan ianya sangat mencabar.

Meghan turut mengucapkan terima kasih pada Tom kerana bertanya mengenai keadaannya kerana tidak ramai yang bertanya pada beliau sama ada OK atau tidak. Tambah Meghan apa yang dilaluinya itu adalah adalah benar.

See also
Diari - Takhlukan Baru St. Regis

Tom turut bertanya sama ada adakah ia adil untuk mengatakan bahawa bahawa ianya tidak OK dan benar mencabar. Meghan terdiam sebentar sebelum menjawab “Ya”

Lihat previu klip interview berkenaan yang dikongsi Tom Bradby di laman twitternya.

Dalam klip itu seterusnya menunjukkan rakaman lawatan keluarga diraja Sussex itu ke Afrika Selatan, Botswana, Angola and Malawi. Pasangan ini menjadi tumpuan dunia selepas Putera Harry mengeluarkan kenyataan mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas media british yang mengeluarkan artikel negatif mengenai Meghan.

Baca artikel ini: Menghina Meghan Markle, Putera Harry Ambil Tindakan Saman Media British

Sumber: Mirror UK