Mengenali satu sama lain sejak zaman remaja mereka lagi, Karl Lagerfeld dan Yves Saint Laurent juga merupakan pesaing yang sengit. Bermula dengan kemenangan Saint Laurent menentang Lagerfeld dalam satu pertandingan rekaan. Mereka bersaing dalam pelbagai jenis aspek kehidupan termasuklah cinta hidup mereka (kedua-duanya berusaha memikat Jacques de Bascher). Persengketaan positif mereka ini bertahan selama lima dekad.