Pasangan Ini Membuat Keputusan Untuk Jatuh Cinta di Set Lakonan

Jatuh Cinta Di Tempat Kerja Edisi Hollywood

Sama seperti mana-mana tempat kerja pun, pelbagai perkara janggal boleh berlaku — seperti terjatuh cinta bersama rakan sekerja! Selebriti juga menjalani “drama” sama! GLAM senaraikan 7 pasangan bintang A-list yang secara sengaja atau tidak, terjatuh cinta di set penggambaran:

1 of 15

Ben Affleck dan Jennifer Garner

 

Mereka bertemu buat kali pertamanya di penggambaran Pearl Harbour. Namun, mereka mula menjalinkan hubungan beberapa tahun kemudian ketika mereka membintangi filem Daredevil pada tahun 2003. Mereka bertunang 9 bulan selepas bersama, sebelum bernikah pada tahun 2005. Mereka mempunyai tiga zuriat bersama: Samuel, Violet dan Seraphina.