"Humiliated & Taunted" - Ibu Kongsi Kisah Hitam Lady Gaga - Glam Malaysia

“Humiliated & Taunted” – Ibu Kongsi Kisah Hitam Lady Gaga

Ibu kepada Lady Gaga akhirnya membuka mulut, terbuka menceritakan kisah silam anaknya itu yang bergelut dengan depresi dan tekanan ketika membesar. Menerusi rancangan siri web Today’s Show, Through Mom’s Eyes, Cynthia Germanotta berkongsi dan mengambarkan betapa teruknya keadaan Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani, berhadapan kes buli ketika berada di sekolah rendah, seterusnya menyebabkan anaknya itu didiagnos dengan sakit mental.

“Ketika sekolah rendah, oleh kerana dirinya unik, dia mula berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya dipulaukan, dihina dan dimalukan. Atas sebab itu, dia mula menyoal dirinya dan ragu dengan keupayaan sendiri. Dari situ, dia mulai tertekan,” jelas Cynthia bersama anaknya, melancarkan Born This Way Foundation pada tahun 2012 bagi menyokong dan membantu golongan muda yang berhadapan isu mental dan emosi.

Cynthia menambah, “Saya dan suami telah mencuba sehabis baik membantunya, menyokong dan memberi semangat sebagai seorang ibu dan bapa namun kami tidak tahu. Apatah lagi, anaknya itu tidak berkongsi keadaanya, dan saya sendiri tidak menyedari betapa seriusnya tekanan yang dihadapinya. Saya merasakan saya telah melakukan kesilapan dengan tidak melihat dan menyedari akan tanda-tandanya.”

See also
Personaliti GLAM: Zahida Rafik

Lady Gaga yang juga penerima anugerah Grammy dan Oscar pernah berbicara tentang pergelutannya berhadapan penyakit mental ketika di usia muda dan mengidap PTSD pada tahun 2016, dan berkongsi kisah dirinya yang pernah diserang secara seksual pada usia 19 tahun.