Gaya Karpet Merah Kegemaran Rico & Azura

Gaya Karpet Merah Kegemaran Rico & Azura

Dua pereka ini punyai visi dalam dunia fesyen masing-masing. Busana rekaan Rico Rinaldi dan Azura Mazaruddin juga menjadi pilihan bintang ternama untuk digayakan di hamparan merah pelbagai acara. Rico dan Azura berkongsi pandangan mereka mengenai gaya yang afdal kala bergaya untuk majlis berprestij terutama bagi mereka yang melewati karpet merah dan menjadi tumpuan lensa.

Rico

Rico

Gaya karpet merah kegemaran Rico adalah kesederhanaan “Less is more, because sometimes simple akan nampak lebih cantik dan hebat. Pemilihan warna juga harus lebih berani jangan pilih warna yang common, pilihlah warna yang terang tetapi sesuai dengan kulit kita. Potongan baju juga harus mengikut badan untuk tampil lebih cantik dan menawan. Penggayaan rambut amat penting semasa berada di karpet merah, jangan takut untuk melakukan gaya rambut yang berbeza.” Kata Rico lagi, jangan hanya memilih satu pereka fesyen sahaja untuk setiap karpet merah yang dihadiri, haruslah bertukar-tukar pereka fesyen bagi mendapatkan pelbagai gaya yang berbeza dan menarik.

See also
Kembara Fesyen: Ung Yiu Lin

 

Azura

azura

Bagi Azura ternyata sangat menyukai gaya yang ringkas tetapi menggunakan perincian yang mewah agar tampak lebih elegan. Katanya gaya karpet merah haruslah sesuai dengan pernampilan si pemakai agar tidak nampak kekok menggayakannya sepanjang majlis. Ditanya tentang fabrik yang sesuai beliau memilih jenis medium weight (tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan). “Bagaimana pun ia perlu bergantung kepada sesuatu rekaan dan juga hendaklah mengikut keselesaan si pemakai”